Cerita sambungan asal ini dikongsikan oleh  pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan cerita bersiri ini terus-menerus mendapat publisiti yang tinggi rentetan populariti cerita sebelum ini. Kami kongsikan sambungan kisah Lelaki Tua Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!

orang-tua-vocket

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya cari dia sepanjang bulan puasa. Selepas asar di tempat biasa. Dia tiada. Tidak ada lagi pada sudut tepi tiang di masjid. Di mana dia? Apakah dia sakit? Atau pergi umrah. Pagi tadi, dengan izin Allah jua saya temui dia. Tenang bersahaja. Kali ini berjubah. Selepas subuh dia ambil al Quran dan baca. Bacaan lancar dengan tajwid yang sedap didengar. (Nota: Saya tidak boleh kata betul, kerana itu bukan bidang yang saya berpengetahuan).

Lama dia baca. 1 jam 26 minit. Lepas itu dia sambung solat, dari kejauhan saya perhatikan. 4 rakaat Dhuha. Dia berdoa panjang juga, memohon keampunan dan dipermudahkan kehidupan zuriat dan keturunan, diberi keamanan buat bumi yang tercinta. Selesai lelaki tua itu bersolat saya datang menghampiri dia.

Dia terlebih dahulu memberikan salam. Senyum mesra menyapa. Dia berkata, sebelum saya sempat bersuara.

“Selalu lepas Asar tiada di tempat biasa, Pak Cik keluar lihat lihat juadah berbuka. Hidup ini kena nikmati jua. Apa yang boleh makan dan terasa mahu makan, belilah. Dihujung usia, adalah merasa nikmat yang Maha Esa.Itulah namanya nikmat yang tidak dapat kita dustakan. Beli tanpa berkira. ramai peniaga cari rezeki.

Bahagi kepada jiran tetangga dan sanak saudara. Inilah waktu kita beramal dan merapatkan jalinan saudara. Jiran adalah saudara kita terdekat. ia umpama tubuh badan kita.”

Saya kata, “ramai orang mahu petua pak cik lagi”. Dia pun tenang merenung panjang. Kata beliau, (saya notakan dalam bilangan)

#21. Berusahalah untuk jadi orang kaya. Kaya tidak menambah sombong, besar, berlagak. Kita berharga di sisi Tuhan apabila kekayaan kita menambah manfaat pada orang. Kita mulia disisi Tuhan apabila miskin kita tidak menambah beban. Miskin tidak menyusahkan orang.

#22. Sepanjang hidup kita bakal diuji. Ujian miskin. Ujian kaya. Orang yang tahan ujian itu umpama emas. Jatuh ke tanah ia emas. Letak dibadan, ia emas. Letak di kepala, ia emas. Ujian datang dalam bentuk kesakitan, kerugian, kehinaan. Ujian juga boleh datang dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Berhati hatilah dengan ujian.

#23. Anak mahu tahu apakah perkara yang menyebabkan malaikat rasa cemburu pada kita? Apabila kita beri madu tatakala kita diberi racun sebelumnya. Tanya saya, “maksudnya? (saya pohon pencerahan). Lelaki Tua itu berkata, apabila kita membalas kebaikan pada kejahatan orang. Tiada dendam melainkan rasa insaf diri mahu membawa kebaikan walaupun kita pernah dikhianati dan dikerjakan teruk oleh orang itu.

#24. Pada detik ini dia menangis teresak esak. Kata beliau, “Pak Cik rindukan emak. Emak adalah himpunan khazanah kaya yang tidak ternilai harga. Pada teman teman anak, detik ini kembalilah kepada emak.Buka puasa dengan emak dan ayah. Suapkan emak. Seluruh harta dunia yang kita miliki tiada kan sama dengan emak dan ayah”

#25. Apabila emak dan ayah sudah tiada bertimbang rasa pada keluarga. Pak Cik pernah dengar orang alim kata, orang yang paling sempurna imannya adalah orang baik budi, mulia pekerti. Orang yang bertimbang rasa dan bertolak ansur pada keluarga”. Jadi orang mulia anak. Mulia bukan mahsyur nama. Mulia bukan berkuasa. Mulia kita apabila akhlak terpelihara.

(Nota: Rasulullah SAW bersabda, “Aku diutus oleh Allah untuk menyempurnakan akhlak” (HR Ahmad) ).