Tahukah anda planet Marikh mempunyai ribuan gunung berapi kuno yang telah meletus dengan ganas. Letusan itu dikatakan telah memenuhi langit dengan abu, debu dan gas sehingga menyukarkan cahaya matahari untuk mencapai permukaan planet merah tersebut.

Diceritakan oleh penyelidik dari NASA, wilayah utara Marikh yang disebut sebagai Arabia Terra dipercayai mempunyai ribuan gunung berapi yang mengalami ‘letusan super’ – istilah untuk letusan gunung berapi yang ganas – dalam tempoh 500 juta tahun pada 4 bilion tahun yang lalu.

Selain dari abu, debu dan gas. Letusan ini juga dikatakan telah mengubah iklim di Marikh. Ia juga memuntahkan wap air, karbon dioksida dan sulfur dioksida ke udara. Lebih parah lagi, letusan ini telah merobek permukaan Marikh sehingga menjadikan bentuknya yang dapat kita lihat sekarang.

Gas cair yang dimuntahkan ke permukaan itu dikatakan setara dengan 400 juta kolam renang kelas Olimpik dan membentuk lubang raksasa yang dinamakan sebagai ‘Kaldera’ atau kawah selebar puluhan kilometer.

Pada mulanya, kaldera ini dulu dikatakan kawah yang terjadi semula jadi disebabkan kesan kejatuhan asteroid yang jatuh ke Marikh berbilion tahun yang lalu. Namun pada 2013 teori ini berubah selepas para penyelidik melihat bentuk struktur kawah tersebut dengan lebih teliti dan menemui abu gunung berapi.

Patrick Whelley, ahli Geologi NASA di Greenbelt, Maryland, AS dan rakan-rakan kemudiannya mendapat idea untuk mencari bukti lebih lanjut mengenai abu gunung berapi setelah bertemu dengan Alexandra Matiella Novak, seorang ahli gunung berapi di Makmal Fizik Gunaan Johns Hopkins di Laurel, Maryland. Mereka bekerjasama dalam mencari abu gunung berapi di sekitar kawasan Marikh dan kemudian melihat secara khusus di wilayah Arabia Terra.

Dengan mengkaji komposisi topografi dan mineral bahagian wilayah Arabia Terra, pasukan penyelidik menemui bukti ribuan letusan supervolcanik. Penemuan Whelley dan rakan-rakannya diterbitkan dalam jurnal Geophysical Research Letters yang diterbitkan pada 16 Julai dan akan muncul dalam terbitan bulanan Ogos 2021.

Tahukah anda bahawa saintis mendakwa bahawa mereka sudah menemui ‘jasad’ Hercules di Galaksi Bima Sakti. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Dakwa Temui ‘Jasad’ Hercules Di Galaksi Bima Sakti

Selain Makhluk Seperti Labah-Labah, Saintis Dakwa Planet Marikh Turut Dihuni Malaikat

Misteri 20 Tahun Akhirnya Terungkap, Ilmuwan Berjaya Temukan Asal Usul ‘Penghuni’ Di Planet Marikh

Sumber