Kisah bekas pemain badminton nombor satu negara Lee Chong Wei membeli barang dapur pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya ketawa besar.

Melalui satu perkongsian yang dibuat di Instagram miliknya semalam, Lee bercerita pengalamannya membeli barang-barang dapur sebagai persediaan menghadapi perintah kawalan pergerakan dua hari sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Jadi Mew Choo (isteri) pun suruh pergi beli apa yang patut untuk dua minggu ni […].

Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telur 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag.

Setibanya di pasar raya, Lee berkata dia sangat terkejut dengan telatah orang ramai ketika itu yang berpusu-pusu untuk membeli barangan keperluan sebelum perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

“Ramainyer mak cik – mak cik, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan (pelumba 100 meter kebangsaan) !

“Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife,” kongsinya.

Beliau bagaimanapun tidak sempat untuk mengambil tisu tandas kerana sedikit terlambat.

“Ternganga I tengok mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur kat rumah,” kongsinya.

Dia bagaimanapun berjaya untuk mendapatkan tisu tandas tersebut dan membeli semua barang yang dikirim isterinya selepas rakan lamanya tiba-tiba muncul dan memberikan tisu yang diperlukannya.

“Selepas itu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah,” katanya.

Tujuan Lee membuat kiriman tersebut bagaimanapun bukan sekadar untuk menceritakan pengalamannya membuat persiapan sebelum perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan sebelum ini.

Tetapi beliau mengambil kesempatan itu untuk meredakan kegusaran yang melanda rakyat negara ini dan turut berterima kasih kepada petugas-petugas yang berada di barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19 ketika ini.

“Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic.

“Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat,” katanya dalam kiriman tersebut.

Sudah pasti kata-kata semangat daripada hero negara yang pernah membawa pulang pingat perak Sukan Olimpik ini mampu untuk meredakan sedikit kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya ketika perintah kawalan pergerakan ini.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dr Dzulkefly Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin

Lebih 500 Disahkan Positif, KKM Gesa Ahli Jemaah Tabligh Terus Tampil Buat Pemeriksaan COVID-19

Sumber