Jika kalian pernah ke Tokyo, pasti kalian tak lepaskan peluang untuk melawat patung monumen anjing Hachiko, di stesen keretapi Shibuya.

Hachiko, adalah anjing baka Jepun Akita tulen (purebred Japanese Akita) yang berasal dari bandar Odate, Akita. Tuannya, Eizaburo Ueno merupakan seorang professor di Universiti Tokyo yang telah lama mencari anjing baka Jepun Akita tulen sehinggalah dia bertemu Hachiko.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hachiko, atau juga dipanggil Hachi yang bermaksud nombor lapan dalam bahasa Jepun menjadi rakan baik Professor Eizaburo saat mereka bertemu. Professor Eizaburo juga amat menyayangi Hachiko dan menganggap Hachiko seperti anaknya sendiri.

Rutin Hachiko setiap pagi adalah ‘menghantar’ tuannya pergi bekerja dengan mengikutnya ke stesen keretapi Shibuya dan ‘menjemput’ tuannya setiap petang di tempat yang sama, pada waktu yang sama.

Tetapi pada 21 May 1925, seperti biasa Hachiko menunggu tuannya pulang di tempat yang sama, di stesen Shibuya. Minit berganti minit, jam berganti jam.Ttuannya masih juga tidak kelihatan. Hachiko tidak tahu bahawa tuannya, Professor Eizaburo telah meninggal dunia secara mengejut ketika bekerja akibat pendarahan otak.

Hachiko tidak berputus asa, dia tetap tidak berganjak dan menunggu tuannya ‘kembali’. Hari berganti hari. Tahun berganti tahun. Hachiko setia menanti tuannya di tempat yang sama, setiap pagi dan petang, pada waktu yang sama.

Hachiko 1
Antara gambar Hachiko menantikan tuannya pulang di stesen Shibuya

Rutin Hachiko tetap sama bertahun-tahun lamanya, sehingga dia ditemui mati sendirian di tepi jalan berdekatan stesen keretapi Shibuya pada 8 March 1935; iaitu hampir 10 tahun menanti kepulangan tuannya. Selepas kematian Hachiko, monumen Hachiko juga didirikan di sebelah kubur tuannya, Professor Eizaburo di Aoyama.

Kini, selepas lebih 90 tahun Hachiko dan tuannya, Professor Eizaburo bertemu, mereka akhirnya ‘bertemu’ kembali. Kali ini lokasinya di Department Agrikultur, Universiti Tokyo di mana tempat terakhir Professor Eizaburo bekerja dan ditemui meninggal dunia.

Hachiko monumen
Selepas 90 tahun terpisah mereka ‘bertemu’ kembali di hadapan Department Agrikultur, Universiti Tokyo

Jika kalian ingin tahu lebih mendalam mengenai Hachiko, selain bergambar bersama monumen dam mosaic Hachiko di stesen Shibuya, kalian juga boleh ke Muzium Sains Kebangsaan (National Science Museum) di Ueno dan juga Akita Hachiko Dog Museum di Odate, Akita iaitu tempat lahir Hachiko.

Juga, jika kalian tidak pernah tonton filem Hachiko, Kak Nita cadangkan tontonlah filem ini sebelum datang ke Jepun. Sangat menyentuh perasaan!

Ini pula kisah budaya lost & found di Jepun yang sangat hebat di Jepun. Baca tentangnya lagi pada artikel di bawah.

Budaya ‘Lost & Found’ Yang Hebat Di Jepun

5 Sebab Masyarakat Jepun Gemar Pakai Topeng Muka