Semalam, kita digemparkan dengan penemuan mayat yang dikatakan ditinggalkan di sebuah rumah usang di Tanjong, Karang Selangor melalui perkongsian yang dibuat di laman Twitter.

Mayat tersebut dijumpai setelah satu nota yang tertulis ” TOLONG URUSKAN SATU RANGKA MANUSIA DEKAT DALAM RUMAH ARWAH CIKGU JUMBRI’ ditemui jemaah surau selepas menunaikan solat Zuhur berjemaah.

cikgu

Kejadian tersebut bukanlah rekaan semata-mata dan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md Asri A Wahab juga telah mengesahkan kejadian tersebut di mana mayat seorang lelaki berusia lingkungan 60 tahun telah dijumpai.

Tetapi, di sebalik penemuan mayat tersebut terdapat kisah misteri yang dikongsikan seorang pengguna Twitter yang pasti akan membuatkan kita berasa seram bila mendengarnya.

Kisah misteri yang diceritakannya itu bukanlah rekaan dan semuanya diambil daripada pengalaman orang-orang terdahulu yang pernah tinggal di rumah usang tersebut.

Walaupun di kadbod tersebut tertulis rumah Cikgu Jumbri, namun dia menjelaskan lelaki tersebut sudah meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu.

“Rumah tu dulu pemiliknya betul Cikgu Jumbri, tetapi cikgu ni dah lama meninggal dah,” jelasnya melalui Twitter.

Tidak mahu kisah yang salah disebarkan begitu sahaja, dia berkata versi yang diceritakannya ini datang sendiri dari pengalaman yang pernah dilalui penghuni di sana.

“Dari apa yang orang cerita, orang yang menyewa rumah tu tak lama, kadang-kadang baru sehari sewa, esok dah keluar rumah tu sebab tak tahan.

“Ada yang kata orang sewa situ tak sampai seminggu mesti dah keluar dari rumah tu,” jelasnya.

Malah, dia sendiri pernah bertanyakan kepada dua rakannya yang pernah menyewa di situ dan mereka turut melalui pengalaman yang lebih kurang sama.

“Yang pertama, crew production film. Masa tu ada buat shooting dekat kawasan situ tajuknya ‘Pondok Di Hujung Tanjong’….].

“Macam biasa la, production mesti nak jimatkan bajet, jadi mereka pun sewa rumah tu sebab sewa murah tapi tak sewa lama. 3-4 hari macam tu dah keluar cari rumah baru sebab tak tahan hari-hari kena kacau,” katanya.

Bercerita tentang ‘kisah kena kacau’ tersebut, dia berkata terdapat salah seorang dari krew penggambaran itu diganggu ketika sedang memasak di siang hari.

Ya, siang hari di mana ia bukanlah waktu yang agak popular untuk sebarang aktiviti paranormal berlaku.

“Masa tengah masak tu, tiba-tiba ada nampak benda macam gula-gula kat luar tingkap tengah tengok dia. Akak tu memang tak cakap banyak, terus lari katanya.

“Lepastu nak pergi mandi pun sama katanya, nampak juga benda tu kat bilik mandi,” tambahnya lagi.

Selepas kejadian menyeramkan itu, penyewa seterusnya yang datang juga turut mengalami kejadian aneh di rumah tersebut.

Penyewa kedua menurut Azrul Naim adalah pasangan suami isteri mat salleh dan dia selalu melihat mereka berdua di hadapan rumah tersebut.

Tetapi katanya, selepas dua hari menyewa, rumah tersebut telah ditinggalkan dan pasangan suami isteri itu tiada lagi di sana dan penduduk mengagak mungking mereka juga telah diganggu.

Bagaikan takdir, pada suatu hari dia akhirnya bertemu dengan mat salleh tersebut di sebuah kedai mamak dan dia tidak melepaskan peluang bertanya mengenai pengalamannya menyewa di rumah usang tersebut.

“Lepas tu aku cakap, “dah tak duduk situ ke?”. Kemudian mat salleh tu bagitahu “tak sebab ada benda seram selalu muncul.

“Dia dan isterinya takut katanya ada ‘syaitan yang menyeramkan,” jelasnya.

Selepas diganggu, pasangan suami isteri mat salleh itu akhirnya memutuskan untuk mencari rumah sewa baru dan tidak mempunyai ‘syaitan yang menyeramkan’.

Bayangkan jika perkara tersebut berlaku kepada kita, sudah pasti anda juga akan mencari rumah sewa yang lain bukan?

Berbalik kepada kisah penemuan rangka tersebut, Harian Metro yang menemubual beberapa orang penduduk di sana berjaya mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai rumah tersebut.

Wakil penduduk, Mohd Jamil Baharom memberitahu mayat itu dikenali penduduk setempat dan merupakan warga Indonesia yang selalu datang membersihkan kawasan rumah itu.

“Dia (lelaki warga Indonesia) sebelum ini mengambil upah membersihkan persekitaran rumah itu, tetapi dia tidak kelihatan setahun lalu.

“Saya difahamkan arwah mungkin datang semula ke kampung ini dan mungkin baru sebulan meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro.

Jamil turut memberitahu rumah tersebut adalah kepunyaan seorang guru lelaki yang menetap di situ namun meninggal dunia dan akhirnya rumah itu dijual pada sekitar 1990-an.

Kejadian mistik boleh berlaku di mana sahaja dan tidak semestinya di rumah sewa sahaja. Baca kisah kemalangan misteri yang pernah kami kongsikan sebelum ini di bawah. 

Kemalangan Misteri Membabitkan Penunggang Motosikal Dan ‘Hantu’ Cetus Tanda Tanya Netizen

Kisah Hotel Peninggalan British ‘Berhantu’ Di Taiping Yang Ramai Tidak Tahu

Netizen Berbalah Tentang Kesahihan Rakaman Video Penampakan ‘Hantu’ Dari Indonesia Ini