Segitiga Bermuda adalah satu wilayah misteri yang sering menjadi tanda tanya. Kawasan ini yang terletak di antara pantai Atlantik Florida (AS), Antiles dan Puerto Rico telah banyak mengorbankan nyawa.

Sehingga kini, sekitar 50 kapal dan 20 pesawat yang lalu di kawasan terbabit akan hilang secara misteri dan jejak mereka gagal untuk dikesan. Namun, tahukah anda bahawa Segitiga Bermuda juga terdapat di Asia Tenggara?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui laporan Sains Maritim yang berjudul Misteri Segitiga Maselembo, kawasan yang terletak antara Bali, Makassar dan Nusa Tenggara telah memakan banyak nyawa.

Bermula dengan tenggelamnya Kapal Penumpang Motor (KMP) Tampomas II pada 27 Januari 1981. Kapal ini membawa 1,105 penumpang, 191 kereta dan 200 motosikal telah terbakar dalam perjalanan dari Jakarta ke Sulawesi dan akhirnya karam di perairan Masalembo. Akibat kejadian ini, 431 orang maut termasuk kapten, Abdul Rivai.

ubqj5yodnp14bnegn5wk

Setelah 25 tahun kejadian tenggelamnya KMP Tampomas 11, kemalangan sama turut terjadi apabila Feri Senopati Nusantara karam pada 29 Disember 2006. Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) melaporkan bahawa kapal yang membawa 542 penumpang dan tujuh trak besar dilaporkan karam akibat cuaca buruk.

Tidak lama selepas itu, kemalangan jiwa kembali menyelubungi wilayah Masalembo. Kali ini melibatkan pesawat Adam Air yang menuju ke Surabaya-Manado yang terbang pada 1 Januari 2007, seminggu selepas kejadian karamnya Feri Senopati Nusantara.

Pesawat yang membawa 102 penumpang tersebut dinyatakan hilang tanpa jejak setelah tidak dapat dihubungi oleh ATC Makassar. Akibat kejadian ini, semua penumpang, iaitu 102 orang dilaporkan meninggal dunia.

Melalui laporan jurnal terbabit, difahamkan bahawa faktor terjadinya kejadian misteri di Segitiga Masalembo adalah dipengaruhi oleh pertemuan arus yang disebut sebagai Arlindo. Titik pertemuan arus ini terjadi apabila arus dari Jawa dan arus dari Selat Makassar yang berasal dari utara berkumpul di sekitar Segitiga Masalembo.

petaka-masalembo–mild–sabit

Faktor kedua ialah pengaruh angin monsun yang bertiup setiap enam bulan. Angin monsun ini berlaku kerana perbezaan pemanasan global antara hemisfera utara dan hemisfera selatan. Angin monsun ini datang setiap 6 bulan dan selalu berubah arah.

Secara geografi, Indonesia diapit oleh dua benua, iaitu Asia dan Australia. Perbezaan tekanan udara di dua benua ini telah mengakibatkan monsun. Monsun yang berasal dari Asia disebut monsun barat, dan monsun yang berasal dari Australia disebut monsun timur.

Dalam satu catatan yang ditulis oleh Sutrisno yang bertajuk Injak pada 2018. Dia menceritakan pengalamannya ketika kapal yang dia naiki menuju ke perairan Masalembo.

“Selama perjalanan itu, yang paling mendebarkan adalah ketika saya memasuki laut Masalembu. Gelombang sangat besar. Kapal Kambuna (kapal yang dinaiki olehnya), yang menurut saya sangat besar, boleh bergoyang, ombaknya sangat ganas sehingga menghantam badan kapal, ”tulisnya.

Katanya lagi, ketita berada di dalam situasi terbabit, otaknya kembali mengingat kejadian-kejadian yang mengorbankan nyawa di kawasan terbabit. Apa yang dia boleh lakukan hanya berdoa serta berharap ombak menjadi tenang.

Mungkinkah ‘kotak berhantu’ ini jadi penyebab PrinceMeed diganggu entiti misteri? Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mungkinkah ‘Kotak Berhantu’ Ini Jadi Penyebab PrinceMeed Diganggu Entiti Misteri?

Gadis Ini Terkejut Dengar Rakaman Suara Misteri Selepas Pulang ‘Hiking’ Di Tanjung Tuan

Misteri Okiku, Anak Patung Jepun Yang Rambutnya Memanjang Seperti Manusia