Selepas pelancaran sneakers paling hype bagi tahun 2018 iaitu Nike Air Max 1/97 VF SW pada April lalu, nama perekanya iaitu Sean Wotherspoon terus menjadi sebutan para penggemar sneakers & streetwear di seluruh dunia.

Sejak kolaborasi bersama Nike, Sean terus mengorak langkah dengan beberapa projek berprofil tinggi antaranya kolaborasi dengan GUESS Jeans USA melalui koleksi Farmer’s Market, membuka pop-up shop Round Two di Tokyo serta membuka sebuah lagi kedai Round Two di Miami, USA. Terbaru, Sean telah berkongsi dengan para pengikut Instagramnya sepasang sneakers Air Max 1 unik yang turut diilhamkannya sendiri.

Sean kemudiannya telah diundang ke NikeLab di 21 Mercer Street untuk mengilhamkan sepasang ‘bespoke iD sneakers’ khas untuk dirinya. Dengan bantuan seorang pereka NikeLab, Sean telah diberi kebebasan untuk memilih model, warna serta material yang dimahukannya.

Sean telah memilih model Air Max 1 dan material kegemarannya, corduroy sebagai material utamanya. Selain itu, Sean juga telah memilih untuk mengunakan fabrik bermotifkan bunga (floral) dari pengeluar fabrik terkenal di London, Liberty untuk digunakan. Proses ini boleh ditonton melalui saluran Youtube Round Two dengan tajuk ‘Airmax Day NYC! The Show by Round Two’.

Enam bulan berlalu, akhirnya minggu lalu Sean dengan bangganya telah berkongsi hasil ‘bespoke iD sneakers’ ilhamnya itu di laman Instagramnya. Sneakers unik ini diberi nama ‘Bespoke Air Max 1 Corduroy Tear-Away to Liberty Fabric Floral’.

Ia menampilkan material corduroy pelbagai warna dikeseluruhan Air Max 1 tersebut, namun dengan ciri yang unik iaitu terdapat lapisan fabrik bungaan Liberty London di bawah material corduroy tersebut. Fabrik bungaan Liberty London itu tersembunyi di bawah material corduroy itu dan satu-satunya cara untuk menampakkannya adalah dengan mengoyakkan lapisan material corduroy di atasnya itu.

Sean telah menerima dua pasang sneakers ini dan dia telah mengoyakkan material corduroy itu daripada sepasang darinya untuk memperlihatkan fabrik bungaan Liberty London itu dan mengekalkan yang sepasang lagi dalam keadaan asal.

Ciri yang sangat menarik ini yang buat kasut ini sangat istimewa. Para Sneakerheads kemudian dilihat sedikit kecewa apabila mengetahui bahawa Air Max 1 unik ini adalah edisi terhad “2 of 2” iaitu hanya dua pasang sahaja telah dibuat khas untuk Sean dan tiada perancangan untuk dipasarkan secara komersial.

Jadi, sama-samalah kita ‘memujuk’ Nike. Mana tahu mungkin sedikit masa lagi Nike terbuka hati untuk mengeluarkan model ini untuk pasaran umum. Bagaimana untuk pujuk Nike? Jom ramai-ramai tanya tentang model ini pada mereka.