Masihkah anda ingat akan telefon bimbit ini? Telefon bimbit Nokia 3310 ini adalah telefon bimbit yang sangat ikonik pada awal tahun 2000 dan dikenali dengan ketahanannya.

Dua dekad telah berlalu namun Nokia yang dulunya mempelopori industri telefon bimbit kini kurang ‘sengat’. Hairan, bagaimana sebuah syarikat gergasi seperti Nokia boleh jatuh merudum?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
nokia-5146897_960_720
SUMBER: PIXABAY

Jawapannya tidaklah semudah menuding jari pada setiap kesalahan yang dibuat, ianya mungkin lebih kompleks daripada itu. Mari kita rungkai.

Era kegemilangan Nokia

photo-1560209617-059c0bd661ba
SUMBER: UNSPLASH

Tidak manis untuk kita membincangkan tentang kegagalan jenama telefon bimbit ini tanpa meraikan era kegemilangannya pada satu ketika dahulu.

Nokia mula memasuki industri telefon bimbit pada awal tahun 90-an namun mula popular pada akhir tahun 90-an dan awal tahun 2000. Pada bulan Oktober tahun 1998, Nokia tersenarai sebagai telefon bimbit yang terlaris di pasaran dan pada tahun 2007, pelopor industri telefon bimbit ini memegang sebanyak 50% daripada bahagian pasaran telefon bimbit.

Sayang sekali, era kegemilangan Nokia tidak bertahan lama. Setelah beberapa tahun merasai manisnya kejayaan, Nokia jatuh merundum pada tahun-tahun seterusnya akibat kekurangan inovasi dan pelbagai faktor lain.

Kegagalan Nokia

photo-1587017234728-932c80f3e56f (1)
SUMBER: UNSPLASH

Tahun 2013 merupakan tahun gelap buat Nokia. Jenama yang dulunya memonopoli industri telefon bimbit dan mempunyai sebanyak 50% dari bahagian pasaran jatuh teruk dan berjaya memperoleh sebanyak 5% dari jumlah keseluruhan market.

Punca kegagalan:

1. Nokia tidak mahu berubah

Iconic–Revolutionary-Camera-Phones-1200x900_5f4a066b6d221_1200x900

Saban tahun, industri teknologi telefon bimbit kian berubah. Telefon bimbit tradisional kini digantikan dengan telefon pintar. Apabila jenama-jenama lain mula mengorak langkah kearah pembangunan, Nokia masih lagi ditempat yang sama.

Walaupun Nokia merupakan yang pertama untuk mengeluarkan telefon pintar dengan sistem operasi Symbian pada tahun 2002, ianya tidak cukup untuk berjalan seiring dengan pembangunan teknologi yang bergerak pantas.

Tidak kurang dari itu, apabila jenama-jenama lain seperti Samsung dan Apple bersaing untuk mengeluarkan telefon pintar yang terbaik, Nokia memilih untuk mengeluarkan versi telefon yang lama. Hal ini secara tidak langsung mengubah fokus pengguna kepada jenama-jenama lain yang menawarkan kelainan.

2. Industri yang kompetitif

Sikap Nokia yang memilih untuk tidak berubah menjadi dalang dalam punca kegagalannya. Industri telefon bimbit lama-kelamaan menjadi tepu dengan kehadiran jenama lain. Tidak lama dari itu, industri tersebut kini dimonopoli oleh jenama-jenama besar dan kompetitif seperti Samsung dan Apple.

Tambahan lagi, industri telefon bimbit kelas rendah atau low-end pula didominasi jenama telefon bimbit keluaran China seperti Huawei. Hal ini membuatkan Nokia tidak lagi ada tempat di dalam market industri.

3. Persepsi pengguna

photo-1559312379-6eff3ba65888

Jenama Nokia dulunya cukup popular dikalangan pembeli. Nokia mempunyai reputasi yang sangat baik dikalangan pengguna dari dulu malah hingga kini. Rata-rata masih lagi mengenali Nokia sebagai jenama telefon bimbit yang mempunyai ketahanan yang baik. Namun,itu sahaja yang mungkin diingat.

Oleh itu, usaha Nokia untuk kekal relevan di dalam industri tidak membuahkan hasil kerana walaupun jenama tersebut mempunyai reputasi yang baik, ia tidak cukup untuk membuat pengguna untuk membeli. Pengguna melihat Nokia sebagai sebuah jenama yang ikonik pada suatu ketika dahulu, tapi tidak lagi kini.

4. Kekurangan plan yang strategik

Apple dan Samsung sangat bagus dalam mengatur strategi pemasaran. Kedua-dua jenama tersebut melahirkan telefon pintar premium atau turut dikenali sebagai flagship yang turut disertakan dengan pelbagai pembaharuan setiap kali telefon pintar dikeluarkan.

Ini membolehkan jenama-jenama tersebut mendominasi pasaran kerana mereka tahu bahawa apa sahaja yang bakal dirilis, pasti akan dinantikan pengguna. Antisipasi daripada pengguna merupakan sesuatu yang Nokia tidak miliki.

5. Kekurangan Inovasi

Pada tahun 1996 -2000, Nokia sangat aktif dalam keluaran telefon bimbit. Keluaran yang berlebihan pada tahun-tahun tersebut memaksa pihak pengurusan untuk memilih antara inovasi dan pembiayaan. Ini adalah punca kenapa pihak penyelidikan dan pembangunan jenama tersebut tidak mempunyai modal yang cukup untuk meneruskan pennyelidikan dan seterusnya mengeluaran telefon pintar yang inovatif.

6. Persaingan dalaman

Persaingan dalaman di kalangan pihak pengurusan merupakan duri dalam daging dan punca kejatuhan Nokia. Kekurangan koordinasi dalam pengurusan dan sikap ingin menang pengurus menjadi punca kepada pelbagai masalah dalaman Nokia.

7. Kekurangan visi

Walaupun persaingan dalaman di kalangan pihak pengurusan mendorong kepada pelbagai masalah di dalam syarikat, semuanya mungkin boleh dihapuskan jika Nokia mempunyai pengurus yang berwawasan.

Sayang sekali, pihak pengurusan Nokia hanya mementingkan keuntungan jangka pendek tanpa menghiraukan masa hadapan. Ini membuka peluang kepada pesaing untuk mengisi kekosongan market di dalam industri.

8. Sikap pekerja yang tidak proaktif

Apabila syarikat berada di kedudukan yang selesa, ini menyebabkan pengurus dan pekerja menjadi leka dengan kesenangan dan kemudiannya menjadi tidak proaktif. Hasilnya, tiada inovasi di dalam syarikat dan produk yang dirilis. Ini lah antara punca kejatuhan jenama yang pernah digemari ramai ini.

Apa yang kita boleh pelajari?

nokia

Berdasarkan punca-punca kegagalan Nokia, terdapat pelbagai perkara yang boleh kita pelajari. Antaranya adalah, syarikat tidak boleh berasa selesa, pentingnya persaingan, pentingnya pengurusan dalaman dan kepentingan visi.

1. Syarikat tidak boleh berasa selesa

Setiap kejayaan hendaklah disambut namun, jangan biarkan ia menjadi punca kejatuhan kita kelak. Penting untuk sebuah syarikat untuk berubah ikut peredaran zaman untuk kekal relevan, terutama sekali jika berada di dalam industri yang “fast-paced” seperti ini.

2. Pentingnya persaingan

Persaingan yang sihat adalah penting bagi mendorong syarikat untuk terus berinovasi dan memberikan yang terbaik. Berbalik kepada point pertama, jangan terlalu selesa dengan kejayaan. Jadikan kejayaan sebagai pendorong untuk terus berjaya.

3. Pentingnya pengurusan dalaman

Kegagalan dari dalam akan menjadi penyebab keruntuhan syarikat. Seperti yang kita dapat lihat dalam kes Nokia, persaingan dalaman dan sikap pekerja yang tidak proaktif telah merosakkan lagi keadaan.

Jenama yang dulunya disegani, kini tidak lagi relevan. Sebagai ahli pengarah, penting untuk anda untuk berfikir jauh. Jangan letakkan fokus kepada keuntungan masa dekat, sebaliknya, laburkan keuntungan kepada sektor penyelidikan dan pembangunan. Percayalah, ia akan membuahkan hasil.

4. Kepentingan visi

Syarikat yang tidak mempunyai visi boleh diibaratkan sebagai hidup tiada arah tujuan. Kerana itulah penting sekali untuk pengurus berfikiran jauh. Walaupun syarikat mempunyai pelbagai masalah dalaman, visi mungkin dapat membantu memberi nafas baru kepada syarikat.

Nokia bagaimanapun kini bangkit dengan penawaran baharu untuk telefon pintar keluaran mereka. Ini beberapa model baharu daripada Nokia dalam usaha menawan kembali minat pengguna kepada jenama berkenaan.

Telefon Pintar Android One Nokia 2.2 Dilancarkan Dengan Harga RM399

Nokia 9 Pureview Dilancarkan Dengan Lima Kamera Pada Bahagian Belakang

Nokia Mungkin Bakal Kembalikan Semula Model Legend XpressMusic