Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Farid Hanif, seorang ayah yang mempunyai anak yang mengidap celebral palsy. Secara umumnya cerebral palsy adalah satu terma yang merujuk kepada permasalahan pergerakan otot dan postur, yang disebabkan oleh kecederaan otak samada sebelum atau selepas lahir. Kita ikuti kisah beliau sewaktu pertama kali berkunjung ke Avenue K baru-baru ini dan telah ditemukan dengan seorang pengawal keselamatan yang baik hati di situ.

pak-guard-baik-hati

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

I never lose faith in humanity. Sabtu lepas semasa gua ke Avenue K, guard ini telah menunjukkan gua petak parkir OKU (mungkin kerana dia nampak sticker OKU di cermin belakang), menunggu kami membuka pintu kereta, menunggu dengan sabar kami membuka seat belt kakak, membantu dengan sabar meletakkan kakak ke stroller, dan menolak stroller kakak sehingga ke lif. Semasa nak balik pun dia tetap juga membantu. Allahurabbi. Bergenang air mata gua beb. Semoga Allah merahmati guard ini. Gua tak jumpa je page facebook Avenue K, kalau tak gua dah mesej Avenue K supaya promote dia jadi ketua security.

Menurut Farid anak beliau menghadapi komplikasi semasa lahir. Proses kelahiran yang panjang menyebabkan otak anaknya tidak mendapat oksigen dan berlaku pendarahan. Bahagian otak anak beliau yang mengawal fungsi pergerakan dan pembelajaran telah cedera, dan ini membataskan pergerakannya serta mengakibatkan dia mengalami tumbesaran yang terbantut (Global Developmental Delay).

Kebiasaannya setiap pesakit cerebral palsy akan memerlukan bantuan seumur hidup, tapi dengan latihan dan fisioterapi, ia boleh mengawal simptom-simptom kekejangan dari menjadi lebih teruk.

Dan ini pula luahan hati dari Farid.

Luahan dari kami yang punya anak cerebral palsy dan anak-anak istimewa yang lain kepada masyarakat – berhentilah memandang anak kami seperti mereka bukan manusia. Tu sebab saya rasa terharu dengan tindakan security guard tu dan kalau boleh saya ingin membalas kembali.

Tanpa di sangka rupanya layanan baik pengawal keselamatan itu mendapat perhatian pihak pengurusan Avenua K.

Subhanallah, alhamdulillah! Update terbaru; mesej gua mendapat respon dari Avenue K. One good turn deserves another. Guard tersebut telah menggembirakan kami tanpa disangka, dan kini giliran gua pula untuk membuat perkara yang sama. Doakan!

pak-guard-baik-hati-1

Inilah antara secebis kisah yang menyentuh hati dan wajar di teladani. Menurut Farid, beliau baru saja dimaklumkan nama pengawal keselamatan tersebut adalah Ahmad, dari Nepal.

Sesungguhnya kita manusia adalah sama di sisi tuhan, yang membezakan adalah sifat-sifat luhur yang kita hamparkan dan sebarkan kepada insan lain beserta keimanan dalam diri.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram