Nota Editor: Masih ingatkah anda dengan kisah Abudi Alsagoff dan rakannya yang telah memanjat Jambatan Putrajaya? Nampaknya beliau tidak hanya berhenti di situ. Terkini Abudi dan 2 lagi rakannya telah memanjat bangunan kediaman tertinggi di dunia iaitu Marina 101 di Dubai.

Kami berjaya mendapatkan keizinan untuk memaparkan kisah belakang tabir daripada Abudi dan sahabatnya Keow Wee Loong (KiWi)  serta Ibnu Anwar sewaktu mereka memanjat bangunan yang memiliki 101 tingkat ini.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda Abudi merupakan jurulatih professional parkour dan kini bekerja di Dubai manakala KiWi pula adalah jurugambar professional bagi sukan lasak ini. Ibnu Anwar pula merupakan seorang interior designer di Dubhai sejak tahun 2007 dan menjadikan aktiviti ‘rooftopping’ sebagai hobi di masa lapang beliau.

Marina 101 (setinggi 1,417 kaki dari paras bumi) merupakan bangunan yang dibina untuk kediaman, masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun ini. Apabila siap nanti, Marina 101 merupakan ‘residential tower’ tertinggi di dunia.

Kita mulakan dengan Kiwi yang pada mulanya merancang untuk memanjat Cayan Tower secara solo.

parkour-dubai-2

Menurut KiWi beliau sebenarnya telah berjaya mendapatkan kebenaran untuk memanjat Cayan Tower dari luar bangunan ini namun disebabkan halangan tertentu, beliau telah menukar rancangan.

parkour-dubai-11

At least I ask permission to climb this time, to climb the tallest twisted tower in the world. I have failed, but I will be back soon.

parkour-dubai-10

Rancangan asal saya adalah untuk memanjat Cayan Tower (bangunan yang memiliki 75 tingkat). Saya merancang untuk memanjat bangunan ni pada jam 12 tengah malam tapi terdapat sedikit kesilapan dalam pengiraan (miscalculated some minor detail). Bila rancangan asal tak menjadi, saya tukar ke plan B. So call up Abudi and Ibnu to join me.

parkour-dubai-1

Good morning Dubai, selamat hari raya

I was planning to climb this building in Dubai alone that day and I found out that my muslim friends Ibnu Anwar and Abudi Alsagoff from Malaysia is working and celebrating their Eid alone here in Dubai, so I call them up and ask them to join me for this project. Never leave your hommie alone during festive season.

parkour-dubai-6

This building is still under construction,when it is completed it will be the tallest residential building in the world and the 2nd tallest building in Dubai standing at 427 meters.

The temperature is 44c here in Dubai during summer and inside this steel and cement structure the temperature is as high as 60c , we were cook alive climbing this 101 stories building while evading guard with only 1 bottle of water to share together.

Suhu di Dubai sekitar 44c pada musim panas dan suhu dalam bangunan yang berkonkrit ini pula mencecah 60c. Rasa macam kena masak hidup-hidup masa panjat bangunan 101 tingkat ni sambil mengelak dari kena tangkap dengan pak guard dengan berbekalkan sebotol air yang dikongsi bersama.

parkour-dubai-5

We spend a total of 9 hours inside this construction building and wait for the dark to escape Marina 101 without getting detected by the guard.

Kami luangkan masa selama 9 jam di dalam Marina 101 dan perlu tunggu hingga hari gelap sewaktu keluar agar tak kena tangkap dengan pak guard bangunan ni.

parkour-dubai-4

I’ve been to many building in the world climbing in freezing temperature, the Shanghai Tower and Ping An Finance Centre above 600 meters, but nothing like this. Is hell, the air is scarce and really hot.

Saya dah panjat banyak bangunan di serata dunia, memanjat masa dalam cuaca paras beku pun ada. Ketinggian Shanghai Tower dan Ping An Finance Center saja sudah melebihi 600 meter, tapi tak ada yang seperti ini. Ni memang neraka sebab cuaca panas gila.

Itulah yang telah diceritakan oleh KiWi. Ada kisah yang lebih menarik sebenarnya yang telah dikongsikan oleh Abudi. Ikuti perkongsian beliau di bawah.

parkour-dubai-7

Raya pertama di ‪Dubai‬. Lepas spend pagi raya kat consulate, makan-makan sikit. Lepas solat jumaat terus gerak Marina. Pagi-pagi lagi member Keow Loong (KiWi) dah message tanya nak gi panjat tak?

Lepas tu dia intro Ibnu Anwar dalam message. Aku pun ucap salaam kat Ibnu Anwar and eid mubarak. Pastu aku ingat lawak gila. Si KiWi pegi buat lawak bodoh cakap “great all Malaysians here, except for one kafir“.

parkour-dubai-8

Berdekah aku gelak. Aku terus messagewei  KiWi apa susah, you tak nak jadi kafir terima je lah Islam”. Then dia kata awek dia Melayu Islam. Dia pun memang fikir one day akan revert jadi Islam. Bukan jadi Melayu okay (kepada yang tak tau beza Melayu dengan Islam). Moga Allah beri dia taufik dan hidayah Islam. Amin.

Lepas tu jumpa KiWi je aku bagi dia booklet “Illustrated guide to understanding Islam”. And sembang-sembang cerita pasal Islam kat dia, konsep tauhid.

Baca: Siapa Sangka Pemuda Yang Memanjat Jambatan Putrajaya Ini Rupanya Ahli Jemaah Tabligh

parkour-dubai-14

Thanks bro hahahah, dah habis baca – KiWi

Ok. Kita orang tunggu dalam sejam gak baru Ibnu Anwar sampai. Aduhh biasa ar janji Melayu bhai. Takkan hilang Melayu kat bumi selagi janji Melayu subur bahahah.

Kalau kata pukul 3.30PM, dalam jam Melayu perlulah kata jumpa 2.30JM! So gunakanlah waktu JM dengan member-member korang hahah. Nanti tercegat la dorang kol 3 ataupun 3.30PM.

parkour-dubai-12

Start panjat bangunan tu naik tangga. Start naik je bangunan ni memang fully covered, tingkap semua tutup rapat. Mati tak de air ventilation seksa. Dalam tingkat belas-belas dapat jumpa tingkap terbukak, tapi kat Dubai ni kalau ada udara pun masih nak nafas susah time musim-musim panas ni. Sebab humidity dia tinggi, lagi tinggi dari Malaysia. Macam rasa duduk belakang kipas aircond.

Naik first 40 floors aku ok lagi naik tangga. Korang tau keadaan macam mana time panjat? Takde air ventilation bhai. Panas nak mati. Udara segar takda. Bau pasir dan habuk. Pastu naik start tingkat 40 ke 50 ke atas dah sampai tempat-tempat rumah-rumah residential dia, mak aih, gelap gulita bhai!! Memang guna lampu led henpon je.

parkour-dubai-17

My ‪‎Eid‬ pretty much was spent climbing this highest residential building in the world. After visiting the consulate in the morning, we went climbing after zohr.

And we were lucky to experience the fireworks from this view! Didn’t even know they have fireworks!  This is the magical moment in the beautiful city of Dubai‬

Time ni alhamdulillah bawak air, and kaki dah rasa ketat muscle. Jadi kita orang naik setiap 3 tingkat (6 set of staircase) pastu duduk rehat seminit. Time rehat off  lampu phone.

Bhai. Dia punya gelap, panas, macam dalam kubur plak. Senyap pulak tu.
Aku masuk “wei Kiwi, ko tau tak ni macam dalam kubur, gelap, panas”.
Pastu dia melawak “ye ke? Aku rasa kubur lagi sejuk!!” Bahahah. Giler.

Aku cakap kubur kita ikut amalan kita. Kalau baik amalan terbaik, kubur jadi taman-taman syurga. Kalau jilake perangai kubur jadi lembah neraka. Ko tunggu bukan gelap je, ular, cacing segala semua datang.

parkour-dubai-9

Pastu kita pun teruskan perjalanan. Lega time aku duduk-duduk boleh kibas baju kurta kat muka ada udara sikit. Gila bhai, takde air ventilation langsung!! Baju aku sampai atas je memang lencun basah bhai. Macam kene ice bucket challenge versi neraka.

Memang aku ingat time naik tangga ni duk zikir Allahuakbar dalam hati. Pastu kekadang rasa light-headed gak. Oxygen kurang. La hawla wa la quwwata illa billah.

parkour-dubai-16

We are Malaysian. Nor matter you are Malay or Chinese, we are all Malaysian, we are 1 Family. Spending my first day of Eid Al Fitr with my fellow Malaysian topping the world tallest residential building in the world. Together we stand, divided we fall.– KiWi

Akhirnya, naik-naik sampai jugak level 101 lepas sejam if not more naik tangga! Workout paling gila.

Orang semua ingat senang je naik tower, lagi senang dari hiking. Pegi naik lif, tekan tingkat 100, BAM, rooftop.

parkour-dubai-18

Gila lega time sampai atas. Alhamdulillah. Lepas ambik gambar sikit, next challenge. Naik scaffolding sampai atas. Maybe dalam 20 tingkat scaffolding lagi.

Sampai-sampai kat paling peak (432.5m) time maghrib, dapat solat atas tu. Wooo angin kuat gila atas tu.

parkour-dubai-19

Memang worth it la naik. Tapi tak nak dah naik lagi sebab dah tengok view dia macam mana. Tobat naik tangga sampai 101 tingkat, sekurang-kurangnya 200 set of stairs. Esok tu kaki aku ‘sore’ gile. Jalan biasa pun sakit. Tak pernah lower body workout macam ni. Hahaha.

Nak cerita kita ni Malaysians, tak kira bangsa. Ok je spend hari raya pertama sama-sama panjat world’s tallest residential building.

Ok tu je. Korang semua tak payah berangan nak panjat.

parkour-dubai-15

Say Ma shaa Allah for this photo. Tak dapat bawak jalur gemilang untuk lebaran raya, aku punya human flag pun ok.

Bagi Ibnu Anwar pula, inilah jadinya bila beliau beraya di perantauan. Orang lain berkunjung ke rumah kenalan yang menyambut raya, tapi dia pula suka buat aktiviti gila.

parkour-dubai-20

Ni la kerjanya kalau hari raya tak balik ‪Malaysia‬. KiWi masa ni sibuk tangkap gambar sanggup tinggalkan lemang dengan rendang kat Malaysia katanya.

Pada mulanya tak jangka pun naik bangunan Marina 101 ni sebab KiWi sejak dari kat Malaysia lagi dia cakap nak panjat Cayan Tower. Saya kata ok jer tapi tu la nak panjat time bulan puasa memang pikir 2 kali pikir la. Sebab selalunya saya rooftopping di Dubai ni bulan musim sejuk so tak da la panas sangat kat atas tu.

parkour-dubai-21

Another 23 stories climb to the roof – KiWi

Qadarullah KiWi text saya pagi raya tu kata nak panjat Marina 101 dengan Abudi. Saya kata ok jer lagipun entertain tetamu kan tak da kuih raya. Panjat bangunan pun ok la.

parkour-dubai-22

Dan ini adalah rooftopping saya yang paling memenatkan tapi berbaloi , giler naik tangga kot sampai tingkat 101! Selalu naik lif jer hehe.

parkour-dubai-23

Apa-apa pun ni la kerjanya kalau raya tak balik Malaysia. Menikmati hari raya di Dubai pada ketinggian 1,417 kaki dari paras bumi. Anyway happy dapat chill dengan rooftoppers dari Malaysia sebab sebelum ni buat dengan Russian dan Ukrainian.

parkour-dubai-24

Kebahagian hidup hanya menjadi milik orang-orang yang mampu menikmatinya dengan penuh rasa syukur – Ibnu Anwar

Anda juga boleh tonton aksi Abudi, KiWi dan Ibnu Anwar dalam video mereka,  Aksi Berani 3 Pemuda Malaysia Panjat Bangunan 101 Tingkat Di Dubai dan Video Abudi Memanjat Marina 101 Dubai.

Jika anda belum tahu, kisah dan keberanian mereka ini juga telah mendapat perhatian dan disiarkan di Telegraph UK dan Huffington Post. Malaysia memang boleh bhai! Salute!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka