Nota Editor : Bagi penggiat eBay, pastinya mereka pernah mendengar tentang penipuan yang dilakukan oleh warga Nigeria. Mereka ini digelar Nigerian Scammer oleh kebanyakan peniaga eBay dan yang terpapar adalah kisah-kisah negatif. Adakala saya terfikir, apa yang tidak kena dengan rakyat negara ini sedangkan ada dikalangan mereka beragama Islam? Hakikatnya negara mereka sebenarnya sedang dalam konflik antara penganut Islam dan Kristian.

Namun selepas membaca kisah ini pandangan saya tentang saudara Islam di sana berubah. Kisah ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Ustazah Siti Khadijah. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis asal.

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

rakyat-nigeria

13 KEHEBATAN PELAJAR NIGERIA UniSZA (dikongsi saudara seIslam di sana) |

1. Pelajar Nigeria solat di surau/ masjid 5 waktu.

2. Mereka solat berjemaah 5 waktu (27 ganda pahala).

3. Mereka solat akan awal waktu kerana bagi mereka siapa yang solat lewat adalah muslim yang tidak (mengutamakan urusan akhirat).

4. Saff pertama dipenuhi mereka kerana datang awal berbanding pelajar melayu seolah-olah kita pula yg datang ke tempat mereka

5. Bibir mereka dihiasi dengan kalimah “Assalamuailaikum” (untuk berkasih sayang) dan bertanya khabar.

6. Selalu menyebut insya-Allah.

7. Sentiasa tersenyum apabila berjumpa (sedekah).

8. Kebanyakan mereka merupakan penghafal Al-Quran dan ada kalangan mereka hafiz 30 juzuk.

9. Kebanyakan mereka telah berkahwin pada waktu muda.

10. Mereka menghubungi ibu mereka lebih 5 kali sehari berbanding isteri mereka hanya 2 kali.

11. Mereka akan tidur pukul 10 malam dan bangun 2/3 pagi untuk tahajjud kerana bagi mereka bangun sebelum subuh adalah budaya mereka.

12. Kebanyakan mereka miskin tetapi demi ilmu, mereka berkorban segalanya.

13. Mereka mempunyai akhlak baik seperti rendah diri dan menghormati orang.

*Hitam mata hati lebih dahsyat daripada hitam warna kulit. Hati yang cerah mampu memadamkan kehitaman dunia.

LIKE Facebook The Vocket disini

Anda Mungkin Suka