Isu perdagangan manusia telah wujud sejak dari dahulu lagi dan pada satu ketika, pernah terjadi di Singapura tidak lama dahulu tanpa ramai yang sedar.

Ia berdasarkan hasil siasatan pasukan laporan Al Jazeera pada tahun 2014 menunjukkan terdapat kedai-kedai di Pusat beli-belah Bukit Timah yang menawarkan jualan pembantu rumah dari pelbagai negara iaitu Filipina, Indonesia dan Myanmar.

agensi-pembantu-rumah-singapore
Sumber: Aljazeera

Diibaratkan sebagai barang niaga, itulah perasaan yang telah dirasai oleh wanita-wanita ini apabila terdapat beberapa agensi niaga memaparkan wanita-wanita ini seakan sedang melakukan pekerjaan rumah seperti sedang menyeterika baju, menjaga warga emas dan menukar lampin bayi.

Bukan itu sahaja, mereka turut mempromosikan warga ini pada harga yang rendah malah jika pihak majikan ingin menukar pembantu rumah pilihan mereka kepada individu yang berbeza, mereka hanya perlu membayar bayaran sebanyak SGD1.

Menurut Jolovan Wham yang sebelum ini merupakan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kemanusiaan bagi Ekonomi Migrasi (HOME), terdapat kumpulan sokongan yang terdiri daripada pekerja asing bertempat di Singapura telah mengatakan bahawa stereotaip kaum turut digunakan di dalam transaksi pembelian.

Stereotaip tersebut termasuklah orang Filipina sebagai warga yang lebih pintar, warga Indonesia sebagai warga yang kurang cerdik dan warga Myanmar dikenali dengan perwatakan yang sopan dan patuh akan segala arahan yang diberi.

Kerja lebih masa

Menurut Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (KPHAM), kebanyakan keluarga di Singapura telah mengambil hampir 206,000 pekerja asing terutama dari negara Indonesia, Filipina dan India.

“Sebilangan mereka telah bekerja lebih masa untuk 7 hari seminggu hanya untuk menyerahkan sebahagian gaji tersebut bagi menyelesaikan caj yang dikenakan oleh agensi pekerjaan.

“Bukan itu sahaja, mereka juga tidak dibenarkan untuk keluar dari tempat kerja mereka walaupun semasa mereka cuti,” tambahnya lagi.

Pihak KPHAM juga turut mengatakan bahawa mandat yang diberi oleh pihak Singapura mengenai hari rehat seharusnya diberi kepada seluruh pekerja asing dan kontrak mereka yang terkini.

“Seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Tenaga Kerja, Encik Tan, di dalam parlimen melalui ucapannya, cuti amat penting bagi kesejahteraan fizikal, mental dan emosi pekerja,” kata Nisha Varia, Penyelidik Hak Asasi Wanita di KPHAM.

Dari pusat beli belah ke Carousell

carousell
Sumber: The Straits Times

Setelah isu menjual pembantu rumah di pusat beli-belah berjaya dikawal, muncul pula kaedah yang terbaharu iaitu pengiklanan di laman web dan aplikasi Carousell.

Pada tahun 2018, terdapat sebuah agensi pekerjaan yang didapati telah memuat naik gambar beberapa warga asing yang bertujuan untuk mengiklankan pembantu rumah buat mereka yang berminat.

Seperti produk yang dijual melalui dalam talian, iklan tersebut turut memaparkan wajah mereka, keterangan ringkas mengenai pembantu tersebut serta harga beliau. Jika anda membuat pesanan dan sudah selesai membayar pembantu tersebut akan dilabel sebagai ‘sudah dijual’ atau sold oleh pihak agensi tersebut.

Bagi mereka yang sudah menempah pembantu rumah di laman web tersebut, mereka akanĀ  dilabel sebagai ‘sudah ditempah’ manakala jika terdapat pembantu rumah yang baharu, mereka akan dilabel sebagai new.

Namun, agensi yang bertanggungjawab berjaya disaman pada tahun 2019. Pekerja Syarikat Agensi SRC Recruitment, Erleena Mohd Ali telah mengaku bersalah atas segala tuduhan termasuklah memuat naik iklan tersebut dengan kebenaran majikan beliau. Disebabkan tindakan tersebut, Erleena didenda RM61,200 manakala majikan beliau didenda pada kadar RM238,000 atas 45 kesalahan.

Sejak beberapa tahun yang lepas, negara Singapura telah membaiki dan telah menguruskan hal kebajikan pekerja warga asing termausk menyediakan program orientasi dan mengenakan peraturan yang lebih ketat terhadap agensi pekerjaan.

Pihak pendakwa raya di negara Singapura juga turut berwaspada bagi mengadili majikan yang telah bertindak secara tidak adil atau ganas terhadap pekerja warga asing itu dan akan mengakibatkan denda dan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan.

Pembaharuan ini hanyalah sebahagian kecil bagi melindungi pekerja warga asing terutama sekali dalam kalangan pihak wanita. Semoga setiap pembantu rumah di mana sahaja akan dilayan seperti manusia biasa dan bukannya ‘robot’.

Inikan pula isu mengenai dokumentari yang memaparkan realiti sebenar pekerja warga asing di sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia, klik pada pautan di bawah.

Dokumentari Ini Papar Realiti Sebenar Pekerja Warga Asing Di Syarikat Top Glove Malaysia

Sistem Imigresen Tergendala Lebih 4,000 Kali Antara Punca 214,398 Warga Asing Tiada Rekod Keluar Malaysia

Sita Barangan Penjaja Warga Asing Di Sekitar Ibu Kota, Netizen Ucap Tahniah Buat DBKL