Semalam berlangsungnya tayangan perdana untuk filem novel yang ditulis novelis legenda Agatha Christie, Murder On The Orient Express arahan Kenneth Branagh ini mengisahkan perjalanan sebuah kereta api mewah, Orient Express yang sangat popular sekitar tahun 1930an.

Detektif terkenal, Hercule Poirot terpaksa memendekkan percutian beliau di Istanbul untuk pulang ke London untuk menyelesaikan satu kes yang sangat besar yang memerlukan kepakarannya. Secara kebetulan kereta api mewah Orient Express akan berlepas ke London dan Hercule Poirot menaiki kereta api tersebut.

Perjalanan yang sepatutnya memberi ketenangan kepada Poirot bertukar suasana apabila beliau perlu menyelesaikan satu pembunuhan yang berlaku di atas kereta api tersebut. Setiap penumpang di dalam kereta api adalah suspek kepada pembunuhan ini dan bergantung kepada Poirot untuk menyelesaikannya.

Terus kepada huraian filem ini. Perkara pertama yang anda akan perasan dalam filem ini adalah bilangan pelakon Hollywood yang terkenal dalam filem ini. Memang star-studded casts! Penélope Cruz, Willem Dafoe, Judi Dench, Johnny Depp, Josh Gad, Derek Jacobi, Leslie Odom Jr., Michelle Pfeiffer, dan Daisy Ridley pelakon-pelakon yang memeriahkan filem ini. Watak-watak ini nanti sebenarnya berkait antara satu sama lain. Kaitan itu nanti akan diterangkan sepanjang filem ini.

Paling menarik adalah watak utama Hercule Poirot dilakonkan sendiri oleh Kenneth Branagh, pengarah filem ini. Ianya sesuatu yang sukar untuk jadi berlakon sendiri dalam filem yang anda sendiri sebagai pengarah tetapi Branagh berjaya membawa watak Hercule Poirot dengan jayanya. Perkara yang ada akan ingat tentang watak Hercule Poirot ini nanti semestinya misainya yang kalah Wak Doyok.

Motoe 1

Saya sukakan pace pada permulaan filem ini dalam membuat pengenalan setiap watak. Walaupun tidak diterangkan secara spesifik, tetapi sudah cukup untuk anda tahu siapa yang akan menaiki kereta Orient Express ini. Suasana tahun 1930an juga berjaya digambarkan dengan baik dalam filem ini. Asyik tengok filem-filem timeline masa akan datang sahaja. Sekali sekala dapat tengok filem gaya begini memang sedap.

Johnny Depp berjaya melarikan dirinya daripada bayangan Jack Sparrow dalam filem ini. Selalunya kalau ada filem-filem Johnny Depp yang baharu, pasti akan nampak juga perangai Jack Sparrow tu. Tapi dalam filem ini, beliau memang sangat in character. Sayangnya penampilan beliau tidak begitu lama. Kenapa? Itu anda kena tonton sendiri.

joni

Ada juga shot kamera yang unik digunakan dalam filem ini yang memberikan lagi keseronokan ketika menonton filem ini. Mungkin ada moment yang slow dalam filem ini ketika proses Hercule Poirot membuat siasatan tetapi anda kena beri sepenuh tumpuan sebab Hercule Poirot akan membuat kesimpulan di hujung filem berdasarkan bukti yang beliau dapat.

Secara dasarnya kalau anda pernah baca novel Orient Express ini, anda sudah tahu jalan ceritanya. Ianya tidak lari langsung daripada novel. Itu bagus untuk anda yang tidak pernah membaca novel ini. Penceritaan novel ini diterjemahkan dalam bentuk live action untuk anda yang lebih suka menonton filem daripada membaca.

Sebab saya tidak pernah baca novel ini, jadi saya memang berikan sepenuh tumpuan pada setiap babak dalam filem ini. Cuma ada peminat novel ini yang sedikit kecewa kerana filem ini yang terlalu sama dengan filem adaptasi karya ini pada tahun 1974. Tetapi itu bukan masalah besar kerana saya sangat enjoy filem dengan genre ini. Mungkin sebab terlalu banyak baca dan tonton filem animasi Detektif Conan. Kami beri rating filem ini 8.5/10. Kalau anda juga minat Detektif Conan, anda akan minat filem ini.