Empat tahun lalu, negara dikejutkan dengan kisah pembunuhan Kim Jong Nam, saudara tiri pemimpin Korea Utara oleh dua orang wanita yang dituduh melakukan perkara tersebut.

Kini, sebuah dokumentari mengenai kejadian hitam yang berlaku di Kuala Lumpur International Airports 2 itu akan merungkai kisah disebalik kejadian itu.

Diberi nama Assassins dan diarahkan oleh pengarah dari Amerika Syarikat, Ryan White. Dia telah menghabiskan dua tahun setengah untuk mengkaji kes berprofil tinggi ini.

Kejadian yang terjadi pada Februari 2017 itu telah berjaya dirakam oleh CCTV dan disiarkan di seluruh dunia, namun sehingga kini, butirannya masih menjadi misteri.

Apa yang kita tahu hanyalah dua wanita, Siti Aisyah dari Indonesia dan Doan Thi Huong dari Vietnam telah didakwa meracun Kim dengan senjata kimia.

Peguam yang mewakili kedua suspek ini menyatakan bahawa kedua wanita ini dipergunakan oleh ejen Korea Utara.

1-81

Mereka menyatakan bahawa tindakan mereka itu adalah sebahagian daripada rancangan realiti dan tidak tahu bahawa mereka meracuni Kim.

Bagaimanapun, pegawai dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat mendakwa bahawa terdapat gerakan daripada rejim Korea Utara untuk membunuh Kim yang lantang mengkritik pemerintahan keluarganya. Namun dakwaan itu dinafikan oleh Pyongyang.

Selama White menghasilkan dokumentari ini, dia telah mengumpul bukti di luar dan dalam makhamah. Dia hadir ke perbicaraan, menemuramah peguam dan ahli keluarga. Dia juga sempat ke Indonesia dan Vietnam untuk merungkai cerita Aisyah dan Doan.

Namun, belum diketahui bila dokumentari ini akan ditayangkan. Difahamkan, ia akan memasuki pawagam dan juga akan disiarkan dalam bentuk digital.

Rakaman CCTV tertiris pamer saat-saat akhir Kim Jong Nam selepas diracun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rakaman CCTV Tertiris Pamer Saat-Saat Akhir Kim Jong-nam Selepas Diracun

Kematian Kim Jong-nam, 2 Sebab Hubungan Malaysia-Korea Utara Tidak Terjejas