Dalam satu laporan berita semalam, salah seorang bekas penganut kumpulan Al Maunah telah dibebaskan daripada menjalani hukuman penjara sepanjang hayat di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika menyertai pergerakan Al-Maunah pada tahun 2000.

Dia yang berasal dari Kuala Berang, Terengganu menyatakan rasa syukur setelah dibebaskan sepanjang 20 tahun menjalani hukuman penjara. Selama lapan tahun di penjara Kajang dan 12 tahun di Penjara Marang, dia mengakui bahawa hukuman ini telah banyak mengajar beliau menjadi manusia yang lebih baik.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

“Hukuman ini banyak memberi pengajaran kepada saya dan bersyukur banyak ilmu agama dan kemahiran yang dipelajari sepanjang menjalani hukuman di penjara. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam urusan pembebasan,” katanya kepada Berita Harian.

2222

Namun, bagi sesetengah rakyat Malaysia, kejadian yang terjadi pada tahun 2000 ini mungkin sudah dilupakan atau sudah luput dalam sejarah. Tetapi, bukankah sejarah ditulis untuk kita pelajari dan memahami nikmat kebebasan yang kita rasai kini?

Pencerobohan Dua Kem Tentera

Diketuai oleh Mohamed Amin bin Mohamed Razali, kumpulan Al Maunah telah bergerak masuk pada jam 2.50 pagi pada 2 Julai 2000, lebih 20 ahli kumpulan Al-Maunah telah bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui dan kemudian ke Kem Bn 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi.

Kumpulan tersebut menyamar dengan pakaian dan pangkat pegawai kanan tentera serta menaiki tiga unit kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero yang diwarnakan dengan warna hijau serta menggunakan nombor pendaftaran palsu yang bermula dengan huruf ‘Z’.

Pegawai tentera yang bertanggungjawab menjaga pintu masuk kem tersebut diperdaya oleh ahli kumpulan Al Mau’nah. Ketika ditanya oleh pegawai kem, mereka menggunakan alasan ingin mengadakan pemeriksaan senjata secara mengejut ke atas kem terbabit.

almaunah-2000

Hasilnya, pegawai di kem terbabit berjaya diperdaya dan ahli kumpulan Al Maunah yang menyamar sebagai pegawai tentera di bawa masuk ke dalam kem tersebut.

Dengan menggunakan kenderaan Pajero, ahli kumpulan Al Maunah berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi. Dilaporkan antara senjata yang berjaya dicuri adalah raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata mesingan dan beberapa senjata ringan berserta 18,000 biji peluru.

Mereka kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk. Di sana mereka telah membina sebuah kem untuk tujuan latihan dan merancang untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia ketika itu.

Al Mau’nah dikepung di Sauk

Setelah mendapat informasi dari penduduk kampung yang terdengar bunyi tembakan dari arah Bukit Jenalik. Sepasukan polis telah dihantar untuk mengepung Bukit Jenalik bagi menyekat segala pergerakan keluar masuk kumpulan Al Maunah.

Namun nasib tidak menyebelahi pihak polis, apabila dilaporkan dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad, Koperal Detektif Sanghadevan dan anggota komando Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia Truper Mathew Medan telah dijadikan tebusan.

Kumpulan Al Maunah telah memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi.

Kisah-Disebalik-Insiden-Al-Ma’unah-Di-Sauk

Dengan kekuatan seramai 300 orang, pada 6 Julai 2000, pihak polis telah menggunakan kaedah emosi dengan mendekati pengikut kumpulan Al Maunah dengan pendekatan keagamaan, kekeluargaan dan muhasabah diri. Hasilnya, dua anggota kumpulan terbabit telah menyerah diri.

Pihak polis kemudiannya cuba untuk memujuk ahli kumpulan yang lain dan ianya membuahkan hasil apabila tujuh lagi anggota kumpulan Al Mau’nah telah menyerah diri.

Dalang kepada segala kekacauan ini, Mohamed Amin turut menyerah diri dan 6 tahun kemudian, Amin dan tiga lagi pembantunya telah digantung sampai mati di Penjara Sungai Buloh.

Terdahulu, 40 militan IS sedia terima hukuman asalkan dapat pulang ke Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

40 Militan IS Sedia Terima Hukuman Asalkan Dapat Pulang Ke Malaysia

Anda Mungkin Suka