Nota Editor : Kisah ini asalnya diterbitkan di fb wall puan Zuraida Noordin, seorang ex-banker yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan pejabat dan juga adalah seorang jurulatih BMC sejak bulan Febuari 2014. Kami menerbitkan semula di The Vocket dengan izin dari penulis asal. Semoga perkongsian ini membuatkan keputusan peperiksaan anda yang biasa-biasa menjadi Wow!

soichiro-honda-2

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika Soichiro Honda menyambung pelajarannya di Hamamatsu School of Technology, beliau menjadi pelajar yang paling teruk di dalam kelasnya.

Ini kerana permintaan yang tinggi terhadap bisnesnya menyukarkan beliau untuk fokus di dalam tugasan kelas akibat kepenatan bekerja. Beliau enggan untuk menumpukan perhatian terhadap kuliah-kuliah kejuruteraan yang tidak melibatkan pengetahuan tentang ‘piston rings’.

Beliau juga enggan mencatat nota kuliah serta menghadiri ujian penulisan. Apabila pengetua kolej memberikannya peringatan jika beliau tidak menduduki peperiksaan, beliau tidak akan mendapat diploma, Honda berkata;

“Saya tidak tertarik dengan diploma. Ia tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan. Markah saya tidak sebaik pelajar-pelajar yang lain, dan saya tidak menduduki peperiksaan akhir.

Pengetua kolej berjumpa dengan saya dan menyatakan saya perlu berhenti saja daripada kolej tersebut. Saya menyatakan kepada beliau, saya tidak mahukan diploma; ia mempunyai nilai yang lebih rendah daripada sekeping tiket wayang.

Sekeping tiket wayang sekurang-kurangnya menjaminkan anda dapat masuk ke panggung. Sekeping diploma tidak menjaminkan apa-apa.”

Honda tidak lagi meneruskan pelajarannya dan bertindak menjauhkan diri daripada ‘gakubatsa’ (Sistem Rangkaian Jepun), Honda mencipta sendiri rentak jalannya di dalam bisnes.

Yang paling menariknya, Honda membangunkan bisnesnya dengan gaya pengurusan dan terma yang diciptanya sendiri dan tanpa bantuan daripada kroni!

LIKE Facebook The Vocket disini