Nota Edior: Kami pertama kali membaca kisah ini di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia. Kemudian kami menemubual Tuan Azlan Andi sendiri untuk mendapatkan kisah sebenar bagaimana beliau berjumpa dan seterusnya menikahi ninja yang beliau jumpa. Semoga kisah ini kita dapat ambil iktibar yang sebenarnya perkahwinan dalam Islam itu sangat mudah.


Kalau dah jodoh tak ke mana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Azlan Andi seorang pelajar tahun akhir Ijazah Animasi di UK dan Sabatini (pelajar jurusan Maritime Business and Maritime Law) tidak pernah menyangka mereka akan bertemu jodoh dengan seorang asing dalam waktu yang singkat.

Pertemuan Azlan dan Saba adalah atas urusan berkaitan persatuan pelajar Malaysia di UK.

azlan-dan-saba-2

azlan-dan-saba-6

Bertemu hanya sekali, dan 3 minggu kemudian mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin.

Saba : “Kami kenal 3 minggu dari 1st mesej pasal society tu. Jumpa dalam minggu ke 2. Di propose minggu ke 2. Nikah minggu ke 3”

azlan-dan-saba-4

azlan-dan-saba-9

Ini pula adalah pendedahan dari rakan mereka.

azlan-dan-saba-3

azlan-dan-saba-7

azlan-dan-saba-8

Apakah yang buat Azlan dan Saba begitu yakin dengan keputusan mereka untuk bernikah setelah berkenalan dalam waktu yang singkat?

Ini jawapan dari Saba :

“Sebab semuanya dipermudahkan. Sebab mula dari dia propose nikah, mula nak buat decision, then masa tu isnin dia nak gi travel solo Europe next week. Then dia cakap nape tak nikah before tu je. Then Saba tanya ayah, dia okay. Approach imam pun okay. Macam takde apa yang tak okay.. Hahha so nikah.”

Semua Malaysian society kat sini terkejut terus buat meeting malam tu nak buat majlis kami. Siap bahagi tugas. Siapa masak siapa buat inai siapa mekap semua. Haha… bidan terjun.

azlan-dan-saba-10

Ujar Saba lagi ; “Sebab sebenarnya sebelum Saba datang UK Saba tak pakai tudung. My family convert. So tak practising Islamic ways. Bila datang UK Saba start pakai tudung. Tapi masih terumbang-ambing.

“Saba doa kat Allah macam susah bila seorang diri, dekat UK pulak tu. Tiba-tiba Azlan mesej. Hahah. Rasa macam doa termakbul kot.

azlan-dan-saba-12

Sebagai anak tunggal, Saba telah mula belajar mengembara secara solo sejak berusia 9 tahun.

Pasangan ini juga mempunyai hobi yang sama iaitu mengembara. Kini mereka masih dalam fasa bercinta selepas bernikah setelah berkenalan selama 3 minggu.

azlan-dan-saba-11

Kami doakan pasangan sweet ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Like Facebook TheVocket untuk lebih banyak kisah-kisah menarik.