Peminat setia Bruce Lee pasti tahu tentang filem ini. Birth Of The Dragon adalah filem kisah hidup Bruce Lee sebelum beliau mengecap kejayaan di Hollywood dan dikenali di seluruh dunia.

Birth Of The Dragon adalah based on true story perlawanan antara Bruce Lee dan Wong Jack Man di tahun 1965 di San Francisco. Menurut kisah asal perlawanan ini, Linda Lee Cadwell (isteri kepada Bruce Lee) bercerita ramai ahli seni bela diri dari China tidak menyenangi Bruce Lee kerana mengajar Chinese martial arts kepada orang putih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=EFpJunIltOY

Bagi mereka, Chinese martial arts hanya untuk orang Cina dan ianya tidak boleh dipelajari oleh orang luar. Tetapi Bruce Lee merasakan kung fu adalah ajaran yang terbaik untuk semua dan tidak terbatas untuk orang Cina sahaja.

Wong Jack Man adalah seorang guru kung fu Shaolin yang menerima cabaran Bruce Lee selepas Bruce membuat cabaran yang beliau boleh mengalahkan mana-mana sahaja guru martial arts. Perlawanan Bruce Lee dan Wong Jack Man ini kemudiannya diadakan di sebuah tempat yang tertutup dan tidak dirakam. Menurut sumber yang berada di perlawanan itu, Bruce Lee menang dalam pertarungan berkenaan.

bruce

Secara zahirnya, itulah yang terjadi dalam filem Birth Of The Dragon ini. Cumanya, untuk menyedapkan cerita, pihak produksi menambah pula beberapa watak fictional seperti Steve McKee yang menjadi pengantara antara Bruce Lee dan Wong Jack Man. Steve McKee di dalam filem ini adalah anak murid kepada Bruce Lee dan apabila kedatangan Wong Jack Man ke Amerika, beliau turut menuntut ilmu dengan Wong Jack Man.

Steve McKee kemudiannya berkenalan dengan Xiulan, seorang gadis yang bekerja di sebuah restoran. Menjadi tanggungjawab Bruce dan Wong Jack Man pula untuk menyelamatkan Xiulan yang berkerja di bawah Auntie Blossom, gangter besar di kejiranan Bruce Lee kerana Steve McKee yang lemah dan tidak mahu mengalah untuk membebaskan Xiulan dari Auntie Blossom.

Itulah masalah besar dalam filem ini. Fictional character mendapat lebih exposure berbanding ‘watak utama’ filem ini. Watak Bruce Lee di dalam filem ini ibarat tempelan sahaja dan magnet untuk menjual filem ini. Ianya lebih memfokuskan kisah cinta Steve McKee dan bagaimana Bruce perlu pula membantu anak buahnya itu.

Saya juga agak kecewa apabila direktor dan penulis filem ini menggambarkan Bruce Lee seperti seorang yang kurang ajar. Terutamanya ketika beliau berlawan dengan guru Karate di sesi demonstrasi di Chinatown. Agak kecewa sebenarnya apabila Bruce Lee tenggelam dalam filemnya sendiri. Aura hebat Bruce Lee gagal ditunjukkan dalam filem ini.

Birth Of The Dragon adalah contoh filem based on true story yang disensasikan secara total oleh Hollywood. Inilah antara contoh apabila kita beri sesuatu yang ‘Asia’ kepada orang putih, mereka akan secara boleh menyelitkan orang putih dan orang putih jadi hero. Yang baik dalam filem ini mungkin aksi perlawanan antara Bruce dan Wong Jack Man sahaja.

Birth Of The Dragon masih ditayangkan di pawagam. Saya beri rating 5.5/10 untuk filem ini.