Dua ratus lima puluh lapan kematian dalam masa seratus tiga belas tahun perlumbaan ini bertapak dalam dunia sukan permotoran dan hanya yang berani sahaja yang layak untuk masuk bertanding.

Sejak tahun 1907, Isle of Man telah menjadi tuan rumah kepada perlumbaan paling merbahaya iaitu Tourist Trophy (TT). Perlumbaan sejauh 37 batu dengan kelajuan melebihi 200 mph ini akan membawa pelumba melalui jalan berliku dengan lorong yang sempit dan dinding batu sebagai penghadang.

Sukarelawan perubatan sudah hadir di tepi jalan, bersedia untuk menyelamatkan nyawa. Para pelumba akan mempunyai akses eksklusif di bahagian paramedik, doktor dan marshal yang bekerja untuk memastikan perlumbaan itu selamat, walaupun secara faktanya, mereka tahu apa yang akan terjadi.

Dua helikopter, enam ambulans, dan sebuah kereta perubatan bersedia di bahu jalan. Mereka diberi masa selama enam minit untuk bertindak balas dengan situasi jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Perlumbaan tertua dalam sejarah

TT, seperti yang biasa diketahui, adalah perlumbaan tertua dalam sejarah motosikal, menyatukan perasaan teruja pelumba bersama-sama dengan cabaran yang membawa kepada hidup dan mati mereka.

Perlumbaan Isle of Man TT pertama diadakan pada 28 Mei 1907 dan digelar International Auto-Cycle Tourist Trophy. Acara ini dianjurkan oleh Auto-Cycle Club dengan perlumbaan 10 pusingan Isle of Man St John’s Short Course sejauh 15 batu.

https://www.youtube.com/watch?v=QffTMlzfRog

Pada tahun 1911, Isle of Man TT berpindah lokasi ke Snaefell Mountain Course yang mempunyai jarak yang jauh lebih panjang iaitu 60.19 km. Kemudian ia mula berkembang kepada dua kelas perlumbaan untuk motor TT Junior 350cc dan Blue Riband TT Senior 500cc, kini ia mencapai kepada 1000cc.

Tiada perlumbaan yang diadakan dari tahun 1915 hingga 1919 kerana Perang Dunia Pertama. Manakala pada 1940 sehingga 1945 juga menyaksikan perkara yang sama apabila perlumbaan dihentikan akibat kesan Perang Dunia Kedua.

Dengan enam acara berbeza, perlumbaan Manx TT akan mengambil alih pulau dan menutup jalan bagi memberi ruang kepada pelumba untuk menguji keberanian mereka di jalanan yang hanya mempunyai dinding batu, rumah orang atau tanah lapang sebagai penghadang.

Selama musim bunga masih menjengah, masyarakat di pulau ini diberi cuti dan ekonomi tempatan mula berkembang. Manakala deru enjin kedengaran meliputi seluruh pulau menandakan bahawa acara utama sudah bermula.

Selain perlumbaan motosikal tradisional, acara ini merangkumi kategori untuk motosikal elektrik, sidecar racing, dan motosikal dengan pelbagai jenis saiz enjin yang menyaksikan pelumba bersaing untuk mendapat kedudukan teratas dan dalam masa yang sama mempertaruhkan nyawa sebagai gantinya.

Pada perlumbaan tahun 2014, dua orang secara tragis kehilangan nyawa. Manakala pada 2016, empat pelumba kehilangan nyawa mereka apabila terlibat dalam kemalangan.

https://www.youtube.com/watch?v=XWRYpXvS7Ko

Conor Cummins, pelumba TT, mempunyai pengalaman terbabit dalam kemalangan sehingga hancur lengannya, patah punggung, terseliuh lutut dan lebam pada paru-parunya dan dia masih menganggap perlumbaan ini sebagai yang terbaik di Bumi.

Walaupun Cummins menganggap ia adalah perlumbaan terbaik, namun dengan senarai pelumba yang menemui ajal semakin bertambah, ada yang tertanya-tanya berapa lama lagi perlumbaan ini akan dilanjutkan.

Tahun lalu, Moto GP Malaysia menyaksikan insiden pergaduhan melibatkan peminat Moto GP. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Insiden Tumbuk-Menumbuk Di Litar Sepang Cemarkan Kemeriahan Moto GP

Petronas SRT Tidak Tolak Kemungkinan Bergabung Dengan Valentino Rossi Di MotoGP

PETRONAS Perkenalkan Pasukan Baru Pada Setiap Kelas MotoGP