Pertama kali mengenali pemuda ini, Vocket sebenarnya agak gayat dengan hobi beliau.

Meskipun bekerja sebagai interior designer di Dubai, pemuda ini lebih gemar bercerita tentang hobi ekstrim beliau, iaitu memanjat bangunan hingga ke puncak dan bumbung atau lebih dikenali sebagai ‘rooftopper‘.

Huawei-Nova-5T-1280×720
HYPE
Rekaan Trendy Huawei Nova 5T Tampil 5 Kamera AI Dibuka Untuk Pra Tempahan Bermula Esok
Baca lagi →

ibnu-anwar-6

Vocket telah berjaya menemu ramah beliau dan hari ini kami ingin kenalkan anda dengan seorang pemuda yang lebih gemar dikenali sebagai Ibnu Anwar.

Ibnu Anwar merupakan salah seorang daripada 3 pemuda Malaysia yang telah memanjat bangunan kediaman tertinggi di Dubai beberapa bulan lepas.

Baca: Cerita Belakang Tabir 3 Pemuda Malaysia Panjat Bangunan 101 Tingkat Di Dubai

Ikuti temubual Vocket bersama beliau di bawah:

Vocket: Boleh berikan sedikit info latar belakang seperti nama penuh, pendidikan dan kerjaya.

Ibnu Anwar: Nama penuh Mohd Tarmizi bin Mohd Anwar. Lulusan Diploma in Interior Design UiTM Seri Iskandar, Perak. Graduate pada tahun 2006.

Lahir di Kuala Lumpur tinggal di Semenyih (jauh giler haha) dan sekarang menetap di Dubai UAE. Kerjaya sekarang sebagai designer di lighting specialist consultant. Saya juga masih bujang. Hehe.

ibnu-anwar-2

Vocket: Sudah berapa tahun Ibnu Anwar bekerja di Dubai? Sebelum bekerja di Dubai adakah pernah bekerja di negara lain?

Ibnu Anwar: Alhamdulillah sudah masuk 8 tahun berkerja di Dubai. Selepas graduate pada tahun 2006 berkerja selama 6 bulan di Malaysia dan terus dihantar ke Dubai.

Alhamdulillah walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah dan rintangan sewaktu menetap dan berkerja di Dubai, Alhamdulillah;

“Oleh itu maka bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” – (Al-Inshirah:5-6)

Vocket: Berkenaan kerjaya sebagai interior designer, boleh kongsikan sikit kerja-kerja yang biasanya Ibnu Anwar lakukan sewaktu di Dubai?

Ibnu Anwar: Di Dubai saya lebih tertumpu pada projek high rise residential seperti hotel, apartment dan sedikit sangat untuk projek pejabat dan villa.

Antara kerja-kerja utama yang biasa saya lakukan sewaktu di Dubai kebanyakannya dari segi `presentation` dan `technical drawings`.

image1 (2)

Vocket: Jika ada yang berminat nak cari kerja di Dubai, boleh kongsikan beberapa tips atau cara bagaimana untuk cari kerja di sana?

Ibnu Anwar: Bagi saya tips untuk kerja di Dubai sama seperti mencari kerja di Malaysia. Cumanya kalian perlu menetap di sini kerana kebanyakan majikan di sini lebih mengutamakan yang berada di Dubai berbanding mereka yang tinggal di luar Dubai.

Yang paling penting sekali adalah berdoa kepada Allah dan terus berusaha serta tawakal.

Vocket: Dengarnya Ibnu Anwar sangat meminati aktiviti rooftopping  dan lebih suka berkongsi tentang ini. Boleh terangkan apa itu ‘rooftopping‘?

Ibnu Anwar: Apa itu rooftopping – ia adalah aktiviti mendaki / memanjat bangunan pencakar langit hingga ke bahagian atas bumbung untuk mengambil gambar menarik dan adakala menggayatkan

Vocket: Bagaimana Ibnu Anwar boleh mula terlibat dalam aktiviti ini dan sudah berapa tahun? Adakah kerana minat sendiri atau atas galakan individu tertentu?

Ibnu Anwar: Mula terlibat dengan aktiviti rooftopping? Saya pun tak ingat berapa tahun sebenarnya. Tapi ia bermula sewaktu saya bekerja di Dubai.

Macam biasalah terpengaruh dengan kawan-kawan. Haha. Tapi dah habis belajar kan, so tak de masalah nak travel dan buat rooftopping. Sejak dari itu terus minat dengan aktiviti ni. Bagi saya ia juga adalah satu kelebihan bagi seorang traveller.

ibnu-anwar-3

Vocket: Adakah aktiviti rooftopping memerlukan skill tertentu dan latihan yang mengambil masa yang lama?

Ibnu Anwar: Skill tertentu rasanya tiada. Cuma yang diperlukan adalah berani dan percaya diri (self confident). Dan yang paling penting jangan gayat.

Vocket: Sudah berapa negara sehingga kini Ibnu Anwar berjaya jelajahi sambil lakukan aktiviti rooftopping? Boleh kongsikan nama negara tersebut?

Ibnu Anwar: Antara negara yang saya telah jelajahi antaranya Jerman, Perancis, Belgium, Belanda, Hungary, Austria, Republic Czech, Poland, Slovakia, Ukraine, Australia, Oman, Arab Saudi, Bahrain, Qatar dan insha-Allah merancang akan berkelana ke Negara Balkan.

Aktiviti rooftopping bergantung pada sesebuah negara yang dilawati. Negara-negara di Eropah merupakan antara yang agak susah untuk saya akses ke hingga ke bahagian bumbung. Mungkin kerana faktor keselamatan, manalah tahu kalau ada sniper ke, hehe.

ibnu-anwar-4

Ini di Warsaw

 

Vocket: Biasanya setiap kali buat rooftopping, adakah ia perlukan perancangan yang teliti atau sekadar survey dari segi keselamatan, keadaan bangunan dan security guard? Atau ada perkara lain juga yang perlu diambil kira?

Ibnu Anwar: A’ah, sebelum melakukan rooftopping perancangan dan masa perlu diteliti dan ia bergantung pada keadaan dan bangunan yang ingin dilawati. Kenkadang `koboi` je masuk, kira kalau lepas, lepas la hehe. Dari segi pengawal keselamatan benda tu boleh di bincangkan hehe. Cuma tips & tricks tu rahsia diantara kami hehehe.

Vocket: Pernah buat rooftopping seorang diri? Jika ye di mana dan bila?

Ibnu Anwar: A`ah pernah buat rooftopping sorang-sorang. Sebenarnya ia satu aktiviti ‘urban exploration‘ bagi saya dan untuk pengembara lain.

Ia juga memberi satu dimensi baru dalam melihat keindahan sesuatu kawasan dari bahagian sisi atas. Ni antara beberapa gambar yang dapat dilampirkan sewaktu saya buat rooftopping.

austria

Sewaktu saya travel ke Austria.

 

ibnu-anwar-5

Ini pula di Prague.

 

budapest

Budapest – at the top of St. Stephen’s Basilica. Sesiapa yang pernah melawat Hungary akan tahu bangunan ini.

Budapest -at the top of St. Stephen’s Basilica too

 

Vocket: Jika buat dalam group pula, biasanya dalam kumpulan berapa orang? Ada bilangan tertentu atau dihadkan maksimum berapa orang?

Ibnu Anwar: Sekiranya dalam group tidak menentu tetapi tidak lebih daripada 8 orang. Sebab takut nanti kecoh kat atas tu. Haha!

ukraine2

Di Ukraine – ni bersama rooftopper Ukraine sewaktu saya melawat mereka di Kiev, Ukraine.

THE GUYS(1)

Rooftopping di Dubai

 

THE GUYS

Ni bersama rooftopper dari Rusia sewaktu mereka melawat Dubai

ibnu-anwar-7

Rooftopping at The Address, Dubai. Akses ke puncak bangunan ni dah ditutup sekarang.

Vocket: Pernah jatuh atau tercedera semasa buat rooftopping?

Ibnu Anwar: Alhamdulillah belum lagi jatuh atau tercedera cuma masa di Ukraine, salah sorang dari kami cedera ringan sebab terjatuh masa lari.

Vocket: Pernah kena tangkap atau didenda kerana buat aktiviti ni? Atau semuanya dibuat dengan kebenaran daripada pihak berwajib di negara tersebut?

Ibnu Anwar: Buat masa ni kena tangkap dengan pengawal keselamatan sudah 4 kali dan dikejar oleh pengawal keselamatan 1 kali semasa di Ukraine. Yang ni memang kelakar sebab salah sorang dari kami terjatuh semasa cuba melarikan diri. Dia lari paling depan dan tidak sempat untuk elak cable di lantai. Hehe.

Saya dan sorang lagi kawan berlari sambil sempat lompat dari cable tu. Hehehe.

ukraine1

Ini sewaktu saya di Kiev, Ukraine.

 

ibnu-anwar-8

Ukraine – ini kawasan ‘meydan’ tempat dimana rakyat negara ini melakukan revolusi satu ketika dulu.

Vocket: Apa perasaan Ibnu Anwar setiap kali berjaya melaksanakan misi rooftopping?

Ibnu Anwar: Perasaan Alhamdulillah kerana ia satu nikmat daripada Allah.

“Tidak ada usaha, kekuatan dan upaya selain dengan kehendak Allah.”

Saya pernah masuk rancangan tv bersama kawan di Ukraine sewaktu melawat negara tu. Ia mengenai rooftopping dan backpackers.

Tak dapat masuk TV Malaysia, masuk TV Ukraine pun jadilah. Hehehe.

ukraine3

Semasa penggambaran mengenai backpacker dan rooftopping di Ukraine.

Vocket: Bagaimana penerimaan keluarga dan kawan-kawan dengan hobi rooftopping yang Ibnu Anwar sukai ni? Adakah mereka menghalang atau sebaliknya?

Ibnu Anwar: Keluarga Alhamdulillah dia orang OK je. Cuma mak saya hari tu cakap;

Mizi jangan panjat-panjat lagi la. Mak takut. Tapi kalau kau masuk TV mak beri `thumb up` hehehe.

Kawan-kawan macam biasa la cakap `ko ni giler la` hehe. Apa-apa pun calm and relax je.

wroclaw1

Sewaktu di Wroclaw, Poland

 

wroclaw

Ini pun di Wroclaw, Poland

 

Vocket: Ada kenangan manis yang ingin dikongsikan? Sama ada dalam kerjaya sebagai interior designer atau sebagai traveler dan rooftopper?

Ibnu Anwar: Kenangan manis kalau nak disenaraikan memang banyak seperti memandu 2 hari 2 malam tanpa henti dari Dubai ke mekah untuk mengerjakan umrah, berada di setiap puncak bangunan walupun sekali, berjumpa pelbagai jenis manusia sewaktu berkelana ke negara luar, dan bagi saya sesuatu yang saya hadapi itu semua kenangan manis.

Vocket: Bagaimana boleh kenal dengan rooftopper lain terutama dari Rusia? Ada virtual group atau macam mana?

Vocket: Kami mengenali antara satu sama melalui media sosial seperti Facebook dan Instragram. Kami saling jemput antara satu sama lain untuk kunjung-mengunjung ke negara atau tempat masing-masing.

Vocket: Ada pesanan yang Ibnu Anwar ingin sampaikan kepada mereka yang berminat untuk sertai rooftopping.

Ibnu Anwar: Pesanan saya bagi yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti rooftopping ni agar sentiasa berhati-hati. Sekiranya tidak berani ambil risiko dan tidak ada `confident` jangan lakukan.

Vocket: Bagi orang-orang di Malaysia, di mana mereka boleh dapatkan latihan atau skill untuk rooftopping?

Ibnu Anwar: Saya tidak pasti rooftopping di Malaysia, sebab saya baru sekali sahaja melakukannya itu pun pada waktu tengah malam sebab pengawal dah tidur. Hehe.

Rooftopping ini sebenarnya sebahagian aktiviti `urban explorer` dan salah satu dari ekspresi seni dalam fotografi bagi sesuatu kawasan.

dubai

Sewaktu rooftopping di Dubai

 

Vocket:  Ada info atau pesanan lain yang ingin Ibnu Anwar kongsikan dengan pembaca Vocket?

Ibnu Anwar: Rooftopper seperti saya ini sebenarnya cuma ingin berkongsi dan berharap pihak Kerajaan Malaysia, terutama Kementerian Pelancongan jika boleh memberikan kami akses untuk merakam foto-foto yang menarik di sekitar negeri-negeri di dalam Malaysia untuk tujuan pelancongan.

Ini kerana pemandangan yang menarik boleh menarik minat pelancong untuk melawat sesuatu kawasan.

Vocket mengucapkan terima kasih atas perkongsian daripada Ibnu Anwar. Pada ketika ini aktiviti rooftopper tidak begitu dikenali di kalangan anak muda di negara ini. Tapi kami percaya pasti ramai yang berminat untuk mencuba aktiviti sebegini kerana ia lain dari yang lain.

Anda boleh ikuti perkembangan terkini dan perkongsian gambar-gambar menarik Ibnu Anwar sewaktu melakukan rooftopping di Instagram dessert_wayfarer dan Facebook Ibnu Anwar.

Baca lagi : Aksi Berani 3 Pemuda Malaysia Panjat Bangunan 101 Tingkat Di Dubai

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka