Pada Rabu minggu lalu, Disney+ telah melancarkan tayangan episod pertama bagi siri Marvel Cinematics Universe (MCU) Loki yang masih dibintangi oleh pelakon terkenal, Tom Hiddleston.

Sedikit spoiler, episod pertama Loki menceritakan kisah kesinambungan daripada babak di mana Loki melarikan dirinya menggunakan batu Tessaract semasa Avengers dalam filem Avengers: Endgame merentas masa untuk mencari Infinity Stones’. Disebabkan peristiwa itu, Loki tersesat lalu dibawa ke ‘dunia baharu’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lantaran kesalahan itu, Loki ditangkap oleh pasukan penjaga masa iaitu Time Variance Authority (TVA). Hakim mahkamah TVA menjatuhkan hukuman reset’ ke atas Loki tetapi dia bernasib baik kerana salah seorang pegawai atasan TVA iaitu Ejen Mobius (dilakonkan oleh Owen Wilson) tampil untuk bantu menyelesaikan kes Loki.

agent-mobius-powers-marvel-2-1621282626603
Ejen Mobius berbual bersama Loki. Sumber: Distractify

Soal siasat dimulakan dan Mobius telah menggunakan sebuah mesin yang boleh memaparkan peristiwa pada masa lalu dan masa hadapan untuk mengenali lebih dekat mengenai peribadi Loki.

Segala peristiwa yang ditempuh oleh Loki telah disaksikan oleh Mobius termasuk peristiwa ‘kejutan’ di mana Loki juga pernah terlibat dalam kes merampas sebuah pesawat dengan menyamar sebagai D.B. Cooper, perampas pesawat di dunia sebenar yang kekal misteri dalam sejarah jenayah Amerika Syarikat.

Siapa D.B Cooper?

Pada 24 November 1971, D.B. Cooper dengan nama samaran Dan Cooper telah membeli satu tiket penerbangan sehala pesawat domestik Northwest Orien Airlines yang berlepas dari Oregon, Portland menuju ke Seattle.

Dalam pesawat tersebut, Cooper memanggil seorang pramugari untuk memesan secawan minuman keras. Setelah mendapat minumannya, Cooper kemudiannya menyerahkan sekeping nota ugutan yang bertulis ‘dalam beg bimbit milik saya ada bom dan saya mahu wang tunai $200,000 berserta payung terjun’ kepada pramugari tersebut.

DB Cooper
Lakaran wajah D.B Cooper

Nota tersebut dengan pantas diserahkan kepada kapten pesawat. Setelah mendarat selamat di Seattle, Cooper diberikan wang seperti yang diminta. Tidak cukup itu, dia juga meminta supaya dirinya diterbangkan ke Mexico City.

Semasa berada di jalan udara menuju Mexico City, Cooper dengan beraninya melompat keluar dari pesawat berkenaan menggunakan payung terjun bersama-sama wang miliknya. Setelah kejadian itu, Cooper gagal dikesan sehingga kini, lapor FBI memetik laporan Insider.

BeFunky-collage (82)

Kisah D.B. Cooper telah dijadikan sebagai rujukan untuk menjadikan babak dalam siri Loki lebih dramatik. Dalam siri ini, Loki telah menyamar sebagai D.B. Cooper dan turut melakukan aksi rampasan pesawat dengan cara sama seperti yang dilakukan Cooper.

Kehilangan Cooper di dunia sebenar masih kekal misteri. Lantaran itu, Loki sebagai D.B. Cooper dalam siri ini telah ‘menjawab’ misteri tersebut di mana setelah kejadian melompat keluar dari pesawat, Cooper dikatakan menghilangkan diri setelah secara tidak sengaja termasuk dalam ruangan teleportasi menuju ke Asgard.

“Saya tidak percaya yang awak pernah menjadi D.B. Cooper,” kata Mobius kepada Loki.

Michael-Waldron-Interview-Lede
Michael Waldron, penulis skrip Loki, Doctor Strange. Sumber: Vanity Fair

Namun semua ini hanyalah rekaan semata-mata dan difahamkan penulis skrip Loki, Michael Waldron berkata kepada Decider bahawa beliau ingin menyertakan elemen time travel yang lebih menarik jika siri Loki dikaitkan dengan kisah Cooper.

“Kehilangan Cooper kekal misteri. Saya ingin sekali menjawab persoalan siapakah D.B. Cooper? Dan jawapannya adalah Loki,” kata Waldron memetik laporan Polygon.

Agak menarik apabila kisah seorang individu sebenar yang wujud di dunia ‘muncul’ dalam sesebuah siri. Episod pertama Loki di Disney+ Hotstar merupakan episod yang sangat menarik sehingga kami tidak sabar menanti episod yang akan datang. Jika anda peminat setia MCU, langgan Disney+ untuk menonton Loki memang puas hati.

P/S: Anda boleh tonton siri Marvel Loki untuk tayangan rasmi di Malaysia setiap hari Rabu, jam 3.00 petang menerusi langganan penstriman Disney+ Hotstar. Klik sini untuk mendaftar.

Baca lagi artikel menarik mengenai Loki menerusi pautan di bawah.

Marvel Studios Kongsi Klip Eksklusif ‘Loki’

Disney Sah Hasilkan Siri Khas Untuk Loki

Kesibukan Tidak Halang ‘Thor’ Dan ‘Loki’ Gembirakan Pesakit Di Hospital