Baru-baru ini tular sekeping gambar di media sosial yang dikhabarkan sungai di Pulau Pinang. Menariknya, dapat dilihat sungai tersebut kelihatan jernih dan bersih.

Pastinya ini menjadi satu tanda tanya keberadaan ‘sungai’ tersebut dan tempat tersebut bakal menjadi tarikan pelancong. Adakah benar bahawa sungai tersebut jernih seperti yang digembar-gemburkan?

huawei
HYPE
Tingkatkan Produktiviti Bekerja, Ketahui Bagaimana 3 Produk Hebat HUAWEI Ini Dapat Membantu
Baca lagi →

It's in Penang, Old Pragin Canal Basin has been transformed with clean water and breeding fishesStay tuned.#ExperiencePenangYear2020#EPY2020

Posted by Experience Penang on Saturday, 27 July 2019

Malangnya ianya tidak benar kerana ia hanyalah sebuah kolam dimana sungai tersebut berada tersembunyi di bawah laluan pejalan kaki. Air sungai yang sebenar ternyata tidaklah jernih dan ianya masih kotor.

I HATE TO BE 'THAT GUY' but the 'clean river' narrative (marked in red) is actually…a pool. the actual river is…

Posted by Abdul Kader on Sunday, 28 July 2019

Malah, air sungai yang tercemar itu disalurkan ke terusan. Pastinya perkhabaran ini akan menghampakan ramai pihak kerana ianya tidak seperti yang di viralkan.

Untuk pengetahuan anda, kolam yang diperkatakan itu sebenarnya antara usaha dalam pemeliharaan dan rejuvenasi Tapak Sia Boey. Mungkin disebabkan dahulu adalah tapak pasar dan tapak perdagangan yang terkenal, kesan daripada pencemaran tersebut masih lagi sukar untuk dibendung.

Walau bagaimanapun, ia merupakan satu usaha murni daripada pihak kerajaan Pulau Pinang sebenarnya. Tidak mustahil jika sungai yang kotor itu menjadi jernih seperti kolam ikan tersebut. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja perubahan di sana, dan jika ia menjadi lebih baik pastinya ia akan bermanfaat kepada komuniti setempat.

Anda Mungkin Suka