Nota Editor: Artikel ini asalnya dikongsikan di fb wall Salwa Saleh, seorang Work At Home Mother (WAHM). Kami menerbitkan semula di The Vocket dengan keizinan beliau. Semoga anda mendapat manfaat dari tulisan beliau di bawah.


Assalamualaikum wbt

Peringatan: Entri ini bukan sebab mahu ajak pulaukan atau berbau sentimen membenci Astro apatah lagi usaha sabotaj.

Ianya hanya entri peribadi.

Sejak ogos 2014, berakhirlah kisah cinta keluarga saya dengan Astro. Dulu, suka dan duka di lalui. Walaupun Astro hanya setia ketika langit cerah, itu tidak mematahkan semangat kami nak bayar yuran langganan tiap-tiap bulan. Walaupun mendung kejap sahaja Astro sudah merajuk, kami tetap pujuk.

Sudah beberapa kali juga Astro menaikkan yuran, kami masih menagih khidmatnya. Kalau ikutkan, bukanlah banyak sangat kami langgan. Basic package tambah pulak dengan sukan. Tapi kalau mahu sukan kena la juga beli pakej kecik lain, jadi mahu tidak mahu kami beli la yang ada National Geographic dan History itu.

Jadi, kenapa pulak ditutup ini?

Sebenarnya, kami ini bukan banyak sangat masa nak tengok TV. Serius. Walaupun saya ini duduk rumah tangga hampir sepanjang masa, berita pun tidak sempat tengok tahu!

Kadang-kadang bukak hanya mahu bagi ada suara jadi tidak la macam duduk dalam gua. Apa yang TV itu membebel pun kita bukan ambil kisah.

Banyak lagi benda lain nak buat. Masak, cuci baju, sidai baju, masak lagi, cuci pinggan, sapu umah, layan customer Shaklee, siram pokok, layan lagi customer yang sama, mandikan anak, layan customer yang sama lagi sekali, update blog (eh?) dan macam-macam lagi tahu.

Mana sempat layan sinetron. Apatah lagi drama Korea k-pop meletop, bahkan muka hensem hero pun saya tidak kenal.

Sudahnya, anak pertama dan kedua yang selalu buka. Sudah buka itu tiada channel lain lah,

611

bukak mata 611
gosok gigi 611
makan sarapan 611
nak tido tengahari 611
lunch 611

Mujur juga tidak pasang TV di toilet. Kalau tidak sambil melepas hajat pun 611. Waktu itu pula mengandungkan yang ketiga. Jadi dengan rasa kelibut dan rimas dan semput, kalau nak bagi mereka diam memang senangnya buka 611.

Ini memang salah.
Salah yang teramatnya!

Nasib baik benda ini berlaku agak tidak lama (8 bulan kamu kata tidak lama Salwa?) Saya menjadi insaf dan rasa mereka terpengaruh dengan kartun dan tidak patut asyik tengok kartun sahaja.

Dengan penuh tekad dan semangat, saya pun berbincang dan suami pun setuju. Dia lagi jarang di rumah cuma dia concern la juga kalau ada game bola macam mana?

Saya jawab; “macam itu laaa”

So, deal. TUTUP ASTRO

Mula-mula itu takut la juga mereka tidak dapat terima hakikat sudah NO more 611. Tapi, secara jujurnya, kita yang control anak kita. Mereka boleh sahaja dengar cakap. Cakap sahaja elok-elok. Mula-mula sahaja mereka pelik dan agak mengamuk tapi selepas tu OK sahaja. Alhamdulillah.

Keypoint nya, cakap elok-elok dan terangkan sebab apa.
Itu sahaja. Lepas itu doa la supaya anak-anak itu dengar cakap

Sampai sekarang sudah hampir 5 bulan ini pun tidak mintak 611. Best gila

Apa kami buat dengan duit yang sepatutnya dibayar ke Astro itu?
Kami belikan insurans dan medical card untuk anak ketiga.
Top up sedikit sahaja

JAUH lebih menguntungkan dan dapat perlindungan lagi
Siap ada simpanan untuk education

Jadi, siapa kata perlu sangat bergantung kepada Astro dan TV?

Lagipun, pihak Astro menawarkan kami dengan Njoi.
Free. Tidak ada bayar apa pun sebab kami sudah ada decoder katanya

Barang free kan, siapa mahu tolak
Dapat la juga tengok TV1, TV2, TV3, Prima, Oasis, 501, TV Hijrah, TV9, NTV7 dan beberapa channel lain. Ok apa…

Ini jadual penuhnya:

Jadi, keputusan di tangan anda
‘Lu pikirlah sendiri’ – pinjam tagline ya Nabil.

Like page The Vocket di Facebook