Terkandas di lapangan terbang pastinya membosankan. Tetapi, tahukah anda seorang lelaki bernama Mehran Karimi Nasseri (kini berusia 73 tahun) pernah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle di Perancis selama 18 tahun? Beliau ibarat tersepit antara penjara dan kehidupan normal. Mengapa perkara seperti ini boleh terjadi?

Dibuang negara oleh Raja Iran

Raja Iran

Raja Terakhir Iran Bergambar Bersama Isteri Baginda. Sumber: The Patriots Asia

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Imbas kembali pada tahun 1973, Mehran dahulunya merupakan seorang penuntut di Universiti of Bradford, England dan ahli aktif dalam kelompok penentang Raja Mohammad Reza Pahlavi atau the last Shah of Iran yang melaksanakan undang-undang monarki yang jelas sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Reza Pahlavi pada ketika itu berusaha keras untuk menjadikan kehidupan warga Iran seperti negara-negara Barat.

Disebabkan itu, kerajaan Iran menganggap bahawa tindakan protes itu telah mencemar duli bagi institusi raja. Pemerintah Iran berasa ‘tidak senang duduk’ akan tindakan memalukan itu lalu mengeluarkan satu waran untuk menghantar Mehran masuk ke penjara sebaik sahaja dia tiba di Iran pada 1977 atas kesalahan mengadakan protes di luar negara.

Atas persetujuan daripada semua pihak, pada 1981, kerajaan Iran mengeluarkan surat rasmi berstatus ‘pelarian’ untuk membuang Mehran ke luar negara atas sebab terlibat dengan konspirasi menentang kerajaan Iran. Hanya negara Eropah sahaja yang dibenarkan. Atas nasihat agensi United Nations, Mehran telah memilih England sebagai negara baru untuk dia berlindung.

Kehilangan surat berstatus ‘pelarian’ di Perancis

terminal 1

Terminal 1 di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Perancis Merupakan Tempat Tinggal Mehran. Sumber: Artstreetecture

Pada 1988, Mehran bercadang untuk ke Perancis terlebih dahulu dengan menaiki kapal terbang sebelum menetap di England. ‘Sudah jatuh ditimpa tangga’, nasib malang berturut-turut menimpa Mehran apabila surat rasmi yang mengesahkan bahawa dia merupakan ‘pelarian’ hilang entah ke mana sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle, Perancis.

Tanpa surat berkenaan, Mehran dilarang sama sekali untuk melangkah masuk dan keluar daripada pintu sempadan mana-mana negara di dunia ini. Seperti sedia maklum, lapangan terbang merupakan ‘ruang antarabangsa’ di mana pengunjung dibenarkan untuk duduk seketika waktu di situ walaupun tiada dokumen atau surat rasmi perjalanan ke destinasi.

Mula jatuh hati untuk tinggal di lapangan terbang

Perasaan cemas wujud dalam diri Mehran setelah surat rasmi tersebut hilang daripada pandangannya. Lebih memilukan, Mehran langsung tidak tahu untuk berbual dalam bahasa Perancis. Mehran buntu dan dia tiada pilihan lagi selain terpaksa bertahan hidup di lapangan terbang itu. Dia berharap ada insan yang boleh membantu untuk menyelesaikan masalahnya.

Alah bisa, tegal biasa, rata-rata pekerja di situ berkata Mehran sudah jatuh hati untuk terus tinggal di lapangan terbang itu. Mehran bergantung pada pendapatan dengan bekerja sebagai tukang pembersihan tandas awam di lapangan terbang tersebut dan hasil gajinya akan dihabiskan untuk membeli makanan terutamanya di McDonald’s yang ada di situ.

Pada masa lapang, Mehran lebih suka untuk duduk di suatu tempat sambil membaca buku di tangannya. Penat pula membaca buku, dia memerhati pula keadaan orang yang lalu-lalang di sekelilingnya. Mehran meratapi kesunyian, tiada berkeluarga dan tidak pernah keluar dari penjara lapangan terbang itu.

Pasrah untuk meninggal dunia di lapangan terbang

terminal 1 (1)

Sumber: Whatculture

Beberapa tahun kemudian, Mehran mula rasa pasrah dan menerima ketentuan takdir bahawa sisa hayatnya akan dihabiskan di lapangan terbang itu. Dia sama sekali tidak dibenarkan keluar dari lapangan terbang itu.

Berikutan itu, Christian Bourguet, seorang peguam hak asasi manusia Perancis mula ‘membuka mata’ dan cuba untuk membantu membebaskan Mehran dengan mendapatkan semula surat pengesahan ‘pelarian’ yang baru. Untuk permohonan surat tersebut, Mehran sendiri perlu datang ke Belgium sedangkan hendak keluar dari lapangan terbang pun Mehran tak boleh.

Surat status ‘pelarian’ dikatakan palsu

Hampir sepuluh tahun, akhirnya Christian Bourguet berjaya untuk meyakinkan pihak Belgium untuk mengeluarkan penggantian surat rasmi mengenai status “pelarian’ bagi Mehran sebagai permit untuk dia terus menetap di Perancis.

Sangkaan Mehran surat itu adalah palsu dan masih memutuskan untuk terus hidup di lapangan terbang itu. Disebabkan itu, para pekerja di lapangan terbang itu mula beranggapan bahawa kesihatan mental Mehran sudah tidak stabil disebabkan sudah terperap hampir 2 dekad di situ.

Akhirnya, pada 2006, Mehran telah dihalau oleh pihak pengurusan lapangan terbang secara paksaan. Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital untuk merawat penyakitnya. Setelah sembuh, Mehran diberikan sepenuhnya hak surat ke atas surat tersebut untuk menjalani kehidupannya seperti biasa.

“Tersekat dengan sistem politik yang gila ini adalah punca kehidupan saya musnah tanpa pengetahuan mana-mana pihak berwajib,” ujar Mehran.

terminal 1 (2)

Mehran Memegang senaskah Buku Autobiografi ‘The Terminal Man’ dan Bergambar Bersama Poster Filem ‘The Terminal’. Sumber: History By day

Kisah inspirasi Mehran ini juga pernah dibukukan dan difilemkan sebagai The Terminal yang ditayangkan pada 2004 dan ketika itu Mehran masih lagi penghuni tetap di lapangan terbang itu. Pada 2005, atas kejayaan filem tersebut, pengarah Steven Spielberg telah memberikan royalti sebanyak USD300,000 (+-RM1.2 juta) kepada Mehran sebagai tanda penghargaan pengambilan hak cipta kisah peribadinya.

Mehran dikhabarkan menggunakan duit royalti tersebut untuk membina kehidupan baru di England setelah hampir 2 dekad terperangkap di lapangan terbang tersebut. Jika nasib anda sudah tertulis untuk terkandas di lapangan terbang, berapa lamakah anda mampu bertahan untuk meneruskan kehidupan?

Kerajaan Jepun bina pusat kuarantin di lapangan terbang guna kadbod sebagai katil. Klik pautan di bawah untuk bacaan artikel selanjutnya.

Kerajaan Jepun Bina Pusat Kuarantin Di Lapangan Terbang, Guna Kadbod Sebagai Katil

Sejarah Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Yang Digelapkan British?

‘Baru Nak Bina Kehidupan Tetapi Ombak Melanda’- Pekerja Lapangan Terbang Kongsi Kesulitan Akibat Pandemik

Anda Mungkin Suka