Seorang wanita ditemui selamat di lautan selepas dinyatakan hilang selama dua tahun. Dia dilaporkan terapung sejauh 3.6 kilometer dari Puerto Colombia, Kolombia, pada Sabtu lalu.

Ketika ditemui, wanita yang bernama Angelica Gaitan berumur 46 tahun tidak putus mengucapkan rasa terima kasih dan bersyukur kerana dia masih diberi umur yang panjang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Roland Visbal, nelayan yang menyelamatkan Gaitan memberitahu pemberita bahawa dia ketika itu sedang belayar bersama rakannya Gustavo. Pada mulanya dia melihat sesuatu yang terapung dan menyangka itu adalah kayu yang hanyut.

Namun mereka terkejut apabila melihat ‘benda’ yang disangkakan kayu itu rupanya adalah seorang manusia. Visbal dan Gustavo mendekati Gaitan sebelum menjerit ke arahnya yang tidak sedarkan diri.

Visbal dan Gustavo kemudian mengangkat Gaitan ke atas kapal dengan bantuan pelampung yang diikat menggunakan tali. Gaitan dilaporkan keletihan dan mengalami hiportemia setelah terapung di laut selama lapan jam.

The Sun melaporkan bahawa ayat pertama yang diucapkan oleh Gaitan setelah diselamatkan oleh Visbal dan Gustavo adalah “Saya dilahirkan semula. Tuhan tidak mahu saya mati.”

Mereka berdua kemudiannya membawa Gaitan ke pantai dan kemudiannya ke hospital untuk dirawat. Setelah dia pulih, Gaitan mula membongkarkan misteri kehilangannya selama dua tahun.

Hilang selama dua tahun

Gaitan sebenarnya telah bertindak melarikan diri dari keluarganya sejak dua tahun yang lalu. Untuk rekod, keluarganya sendiri tidak tahu di mana dia berada sebelum cerita dia dijumpai hanyut dilautan heboh di dada akhbar.

Dia memberitahu pemberita bahawa penderitaan yang dialami olehnya ketika di laut adalah punca dari kesengsaraan yang dialaminya berikutan keganasan rumah tangga selama lebih 20 tahun.

Dia dilaporkan didera oleh suaminya sejak mengandung anak pertama, “Dia memukul saya, dia menyalahgunakan saya,” kata Gaitan sebelum menyambung bahawa dia didera oleh suami sehingga dia melahirkan anak kedua.

Gaitan mengakui bahawa dia tidak dapat meninggalkan suaminya kerana memikirkan soal anak-anak. Bagaimanapun, keganasan demi keganasan tetap berlaku dan dia akhirnya mengambil keputusan untuk melaporkan kes tersebut kepada polis.

Selepas itu, suami Gaitan telah ditahan selama 24 jam sejurus selepas laporan itu dibuat, namun tidak lama selepas itu, suaminya telah dibebaskan oleh pihak polis. Akibat marah dengan Gaitan yang melaporkan masalah suaminya kepada pihak polis. Si suami telah bertindak memukul dan menyerang Gaitan.

Pada 2018, Gaitan mengatakan bahawa suaminya cuba merosakkan wajahnya dan  cuba untuk membunuhnya. Sejak kejadian itu, dia tekad untuk melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dengan suaminya.

Dia keluar dari rumah dan mula merantau. Dia sempat tinggal di Barranquilla selama enam bulan dan berusaha untuk mencari tempat perlindungan tetapi gagal. Sejak itu, dia mula hidup dijalanan sebelum mula putus asa dan menjadi tertekan. “Sejak itu, saya tidak mahu meneruskan hidup,” kata Gaitan.

Selepas itu dia mengaku menaiki bas menuju ke pantai dan memutuskan untuk melompat ke dalam laut. Selepas melompat ke dalam laut, dia mengatakan bahawa dia jatuh pengsan dan tidak ingat apa-apa yang berlaku selepas itu.

Namun, keluarga Gaitan telah menafikan dakwaannya yang menyatakan bahawa wujud keganasan rumah tangga.

Dalam temu bual dengan RadioN Radio Barranquilla, mereka mendakwa Gaitan sebenarnya menderita masalah kesihatan mental, mengalami kecacatan jantung dan telah keluar dari rumah tanpa memberitahu sesiapa.

Untuk rekod, polis masih menyiasat punca kehilangan Gaitan dan mengumpul segala maklumat berkaitan keganasan rumah tangga yang dilaporkan olehnya.

Untuk membaca bahan bacaan yang lain, klik pautan di bawah.

Selepas 100 Tahun, Misteri Kapal Hilang Tanpa Jejak Di Segi Tiga Bermuda Akhirnya Terjawab

Seorang Lelaki Menceritakan Detik-Detik Cemas Dihanyutkan Arus Banjir Di Kelantan. Scary!