Dua hari lepas pakcik Bangla datang potong rumput dekat rumah aku. Adalah dia mesin rumput dalam 5 minit, lepas itu senyap dekat 20 minit macam itu.

Hairan aku bila tak dengar lagi bunyi mesin rumput 2.5 horsepower dia. Dah balik ke, kena patuk ular ke, kena gigit hantu kucing ke, sakit jantung ke, kepala tersepit pagar ke orang tua ini.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Aku pun keluar tengoklah keadaan. Rupanya ada sebelah tepi dinding sedang baiki mesin rumput dengan muka geram campur sedih.

“Rosak lagi ke mesin?” aku tanya sebab nampak dia sedang buka apa benda tak tahulah. Dia pun tunjuk aku sesuatu, “Adik, tengok ni…”

Anda tahu apa benda dia tunjuk? Bukan zip seluar dia, tapi dia tunjuk pasir yang ada dalam tong minyak mesin rumput dia. Adalah dalam segenggam.

“Aik, mana datang pasir dalam mesin rumput? Semalam mesin dekat padang pasir ke?” tanya aku lagi sambil hulur air bagi dia minum.

“Bukanlah adik. Sudah banyak kali jadi macam ini. Kawan satu rumah kasi masuk pasir lagi dalam saya punya mesin. Sudah banyak kali mereka buat saya macam ini.”

“Tak guna punya Bangla. Busuk hati. Kenapa jadi macam itu? Kenapa buat macam ini?” aku tanya lagi sebab nak tau.

“Janganlah cakap tak guna Bangla. Saya pun Bangladeshi juga. Mereka tengok saya banyak dapat kerja potong rumput. Sana sini orang panggil saya suka potong rumput. Kita buat kerja bagus, baik, tak buat cincai, orang mesti panggil kita lagi.”

“Tapi mereka dengki sama saya. Duit saya pun kadang-kadang mereka curi. Itu sebab saya dapat duit saja terus hantar ke Bangladesh sana.”

81765875_834208567028846_7077897553081008128_n

“Hari itu mereka potong sama saya punya tayar basikal dan mereka pancitkan letak paku. Sekarang saya bawa saja tayar spare dalam beg. Pasir ini saya simpan dalam plastik. Saya mahu buat laporan polis dulu. Sebab sebelum ini sudah jadi benda sama dan ada pergaduhan.”

“Saya tak mahu gaduh lagi. Saya sudah tua. Badan pun tak kuat. Mereka muda. Baik saya buat laporan dulu. Jadi apa-apa saya tak salah.”

Panjang lebar dia terangkan. Hampeh punya kawan satu rumah dengan dia. Ada dekat 10 orang. Semua team Avengers Potong Rumput.

Ingat Melayu je busuk hati. Bangla pun sama tak boleh tengok orang lain lebih. Semua bangsa sama saja.

Lepas dah baiki, dia mesin rumput sampai selesai semua. Aku ingat dah nak habis, dia sambung lagi lepas siap ikat plastik rumput nak buang.

“Tak apa mereka buat macam ini. Allah ada. Allah bagi rezeki. Saya kerja sini, rezeki tak pernah putus. Apa jadi pun Allah bagi. Orang buat jahat, jangan balas. Biar Allah balas.”

“Saya buat apa pun semua kerana Allah. Hari tu saya mesin rumput rumah Cina. Lepas itu sakit dada. Tuan rumah pergi klinik belikan saya ubat.”

“Ubat semua tak perlu bayar. Mesin rumput dia bayar lebih. Semua Allah hantar.”

Makan minum saya pun Allah hantar. Ada seorang Pakistan selalu bagi saya. Duit semua hantar dekat anak masuk kolej. Saya ada sikit duit untuk makan pun cukup. Janji anak jadi pandai.

Apa-apa jadi, ingat Allah. Solat jangan tinggal. Adik buat, dia hantar untuk tolong. Hati saya sakit juga bila orang buat saya begini. Tapi saya ingat Allah.

Aku senyap tak cakap banyak lepas dia kata itu sambil aku hulur upah mesin rumput. Dia bagi tahu dia nak balik rumah terus.

82916153_834208603695509_8670821749740273664_n

Sambil dia tolak basikal dengan muka sedikit sayu, dekat mulut dia tak lekang sebut, “Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.”

Sekiranya anda penduduk Bukit Raja dan Setia Alam. Boleh hubungi dia untuk servis potong rumput dan trim pokok di talian +601116371363 (Tayan)

Baca kisah lain yang boleh menyentuh hati anda di bawah:

Kisah Kucing Yang Patah Hati Setelah Tuannya Meninggal Dunia

Kisah Gadis Ini ‘Survive’ Daripada Kanser Tahap 4 Curi Perhatian Netizen

Berjaya Jadi Doktor Walau Hidup Susah, Kisah Hidup Lelaki Ini Buat Netizen Terharu

Artikel di atas disumbangkan oleh Hafiz Mansor. Rakyat Perlis. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka