Di Kenya, negara yang terkenal dengan jolokan Carribean Beauty, telah tinggal seorang ibu yang terpaksa memasak batu bagi meyakinkan 8 orang anaknya bahawa mereka mempunyai makanan, dengan harapan bahawa anaknya akan tertidur saat mereka menunggu makanan siap.

Bahati Kitsao, nama wanita itu, memasak batu untuk meyakinkan anak-anaknya yang kelaparan bahawa dia sedang memasak makanan. Dia terpaksa melakukan perkara ini bagi menenangkan 8 orang anaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BBC memberitahu, Kitsao berharap anak-anaknya tertidur sementara menunggu “makanan” siap.

Kitsao biasanya bekerja sebagai pencuci pakaian di kawasan kejiranannya, namun semuanya kelihatan sukar sejak kehadiran wabak COVID-19 yang telah membatasi pergerakan dia untuk keluar mencari rezeki.

Salah seorang jirannya bernama Prisca Momanyi memberitahu media mengenai keadaan Kitsao.

Setelah ditemubual oleh NTV Kenya, Kitsao telah menerima wang dari telefon bimbitnya serta akaun bank yang dibuka untuknya oleh Momanyi – ibu kepada 8 orang anak ini tidak tahu membaca dan menulis.

Kitsao yang tinggal di sebuah rumah dengan 2 bilik tidur tanpa air atau elektrik menggambarkan pertolongan yang dia dapat adalah “keajaiban” yang berlaku ke atas dirinya.

“Saya masih tidak percaya orang Kenya boleh mengambil berat, setelah saya menerima panggilan dari seluruh negara yang bertanya bagaimana mereka dapat membantu [saya],” katanya kepada laman berita Tuko.

Dia memberitahu NTV Kenya bahawa anak-anaknya yang kelaparan selalunya tahu bahawa dia berbohong dengan teknik memasak batu itu. “Mereka mula memberitahu saya bahawa mereka tahu saya berbohong, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana saya tidak mempunyai apa-apa.”

Sebagai langkah-langkah untuk melindungi kelompok yang terkesan akibat dari krisis COVID-19, pemerintah Kenya telah melancarkan program makanan. Namun, bantuan ini masih belum sampai ke tangan Kitsao, yang menjadi janda sejak tahun lalu selepas suaminya dibunuh oleh sekumpulan samseng.

Jiran di sekitar rumah Kitsao mengucapkan terima kasih kepada pemerintah tempatan dan Palang Merah Kenya, yang datang untuk membantu Kitsao. Lebih banyak isi rumah di persekitaran bandar pesisir juga akan menerima bantuan makanan, kata pihak berkuasa.

Kebanyakan orang yang berpendapatan rendah di Kenya telah mengalami kesukaran untuk mendapatkan wang sejak beberapa bulan ini selepas kerajaan memerintahkan penguncian bagi mengurangkan penyebaran wabak COVID-19.

Malah terdapat syarikat yang telah mengurangkan operasi mereka. Ini bermaksud pekerja dengan kontrak pendek atau pekerja tidak mahir akan kehilangan pekerjaan mereka.

Penduduk yang menjalankan perniagaan kecil juga terkesan dengan perintah  penguncian yang dikuatkuasakan di seluruh negera.

Kisah tragis Kitsao hadir ketika mana Kementerian Kesihatan Kenya telah dituduh menghabiskan wang yang disumbangkan oleh Bank Dunia untuk menangani wabak itu untuk kakitangan mereka sahaja.

Perincian tentang berapa banyak staf yang mendapat wang tersebut tidak diberitahu, tetapi perkara ini telah menimbulkan kemarahan di media sosial bahawa Kerajaan Kenya telah membelanjakan dana tersebut ketika rakyat terus menderita.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di beberapa tempat, klik pautan dibawah.

Bagaimana Kaum Miskin Dipaksa Berjuang Sendiri Di Tengah Situasi COVID-19 Di Filipina?

Akibat Belayar Lama Di Tengah Laut, Pasangan Ini ‘Tidak Sedar’ Dunia Diserang COVID-19

‘Stress’ Tangani Pesakit COVID-19, Doktor Di New York Bunuh Diri