Jika anda adalah salah seorang pemilik kucing, sudah pasti anda pernah berdepan situasi dimana si comel kesayangan anda menyorok di bawah bonet kereta ataupun di dalam bahagian enjin kereta.

Ada ketikanya kita akan teringat dan ada kalanya kita terlupa untuk memeriksa kereta terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu perkongsian yang dibuat Facebook Polis Diraja Malaysia,pegawai polis Inspektor Mohd Syukri Abdul Talib baru-baru ini menjumpai si comel yang yang terperangkap di bahagian dalam keretanya.

Pegawai polis itu kemudiannya bukan saja menyelamatkan si comel tersebut tetapi turut membuat keputusan menamakan kucing itu dengan nama Supima.

Menurut komen yang ditinggalkan beliau di kiriman tersebut, nama Supima dipilih bersempena dengan nama model kereta beliau.

comel comment

Kucing itu juga katanya kini berada dalam jagaan seorang lagi anggota polis wanita di kem PGA Briged Utara.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di kiriman tersebut juga turut memuji tindakan murni pegawai polis menyelamatkan si comel tersebut.

comment

Jadi, kepada anda yang mempunyai si comel di rumah, jangan lupa untuk memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

Baca kisah makanan kucing terbiar yang didakwa dicampur dengan ubat sebelum ini yang mendapat kecaman hebat daripada netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Berang Makanan Kucing Terbiar Ini Dicampur Ubat

Kisah Kucing Yang Patah Hati Setelah Tuannya Meninggal Dunia

Hotel Di Jepun Tampil Kelainan Sediakan ‘View’ Kucing Comel Buat Pelanggannya