Brader ni namanya Salim. Asal Karachi, Pakistan.

Sebagaimana ramai pekerja asing di Malaysia yang mandiri, dia merayau mencari kerja potong rumput dari rumah ke rumah tanpa jemu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal dahulu, dia sampai depan pintu pagar tekan loceng.

Bila aku buka pintu tengok dia atas motor siap galas mesin potong rumput, tanpa banyak cakap aku bagitahu; “Rumput belum panjang!”

Beberapa hari kemudian dia datang lagi, aku bagi jawapan sama.Kemudian datang lagi, cikgu pun tolong jawab benda sama.

Ada satu hari dia datang, aku punya malas sampai aku suruh Abdullah tolong bgtau dia; “Belum lagi uncle”.

Sampailah dia datang cuba nasib yang entah kali ke berapa, aku bgtau; “Okay lah you masuk potong”

Mengambil sepotong kata kata; Orang yang tidak jemu mengetuk pintu, akhirnya akan dipelawa masuk.

2-3 kali masa dia datang aku agak jengkel juga. Ya lah baru beberapa hari lepas kau datang aku cakap tak nak lagi, ini kau datang semula.

Tapi dalam sendiri aku berfikir yang dia hanya mencuba nasib, dalam usaha mencari rezeki dengan kudrat yang dia ada.

Akhirnya selepas beberapa kali percubaan, dia dapat juga kerja. Bila dapat, dia buat sungguh sungguh, kerja elok kemas, aku puas hati.

Orang kata nak panjat tangga pertama tu yang susah, tangga seterusnya akan jadi semakin mudah.

Itu lah yang Salim ni buktikan, nak dapat kerja pertama berulang kali dia datang tak putus asa, buat muka senyum, buat muka kesian, buat muka toya.

Apa respon aku bukan isu pada dia, yang dia harap boleh dapat kerja ke tidak dan pagi tadi masuk kali ke-3 dah dia potong rumput rumah aku. Tak perlu datang tercongok tekan loceng dah, dia tunggu je aku panggil bila bila suruh datang.

Tadi lepas siap kerja aku tanya dulu dia kerja di mana? Rupanya Salim ni pernah kerja di Mekah dengan company Bin Laden.

Kerja dia cuci dan servis penghawa dingin di Masjidil Haram.

“Alhamdulillah bos, saya Haji semua sudah selesai,” jelas Salim

Terkenang kalam Tuhan dalam surah Al Muzadallah ayat 11;

Di mana Allah menceritakan tentang orang yang diberi kelapangan, dan diangkat darjat mereka kerana keimanan, serta diteliti setiap pekerjaan yang mereka lakukan.

Pada aku mungkin Salim salah seorang hambaNya yang diberi kelapangan dan diangkat darjat mengerjakan Haji walau sekarang kerjanya hanya mundar mandir mencari job potong rumput dari rumah ke rumah.

Kita pula yang berkeupayaan kerja hebat bukan main ini surat jemputan Tabung Haji pun entah bila nak nampak bayang dengan musim Covid tak sudah macam ni.

Lepas bayar upah, aku tanya Salim; “Ada job di rumah mana lagi hari ni?”

Dia jawab; “Belum ada. Saya balik dulu solat Zuhur, makan kemudian pusing-pusing la cari”

Maka benarlah seperti kata sepotong Hadith Muslim;

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kamu”

Baca juga kisah lelaki Bangladesh ini yang pernah dianiaya rakan senegara dalam mencari rezeki di pautan di bawah. 

Kisah Seorang Bangladeshi Yang Mahu Mencari Rezeki Dianiaya Oleh Rakan Senegara

Air Milo Jadi Tanda Ingatan, Kisah Pekerja Myanmar Di Malaysia Ini Undang Sebak