Nota Editor: Kisah menarik tentang Puan Liana dan pasangannya ini telah dikongsikan di FB Wall Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang banyak berkongsi tentang pengurusan kewangan peribadi dan juga penulis buku Mudahnya Beli Rumah. Semoga kisah ini memberi inspirasi untuk anda juga turut berminat dalam pelaburan hartanah. Inilah namanya ‘menangguh kepuasan’.

SURAT KEKAL PAKAI KANCIL UNTUK BELI 5 HARTANAH

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya rasa cerita saya ni lain sikit dari orang lain. Saya berkahwin semasa umur 22 tahun. Betul-betul baru habis belajar masa tu. Kahwin sebulan lepas tu konvo. Tapi masa saya kahwin, suami dah beli rumah dulu.

Sebab jarak umur kami agak berbeza dalam masa 5 tahun kahwin kami cuba habiskan hutang rumah pertama ni.

Alhamdulillah 5 tahun umur perkahwinan hutang rumah pertama sudah settle. Tahun ke 6 berkahwin umur saya 28 tahun kami beli 2 unit apartment di hot area (seorang sebiji) hasil duit simpanan masing-masing dan part time job. So masa umur saya 28 tahun, kami berjaya memiliki 3 property (1 landed, 2 apartment medium cost).

2 tahun kemudian iaitu tahun ini (2015) alhamdulillah kami berjaya lagi membeli 2 unit commercial lot di prime area (undercon). So total property kami dalam masa 8 tahun ni sebanyak 5 biji.

Saya mula menabung sejak umur 22 tahun. ASB loan 200k. Dapat dividen hujung tahun buat settle hutang rumah dan buat modal beli rumah  baru disamping tu saya ada buat bisnes part time untuk mempercepatkan modal untuk tambah property.

Jenis kediaman yang telah dibeli sehingga kini :
1. Landed 2 storey – 1 biji
2. Apartment – 2 biji
3. Shop lot – 2 biji

Harga kediaman pertama masa umur 21 tahun- masa beli 250k, harga pasaran sekarang 650k.

Apa yang menjadi inspirasi untuk beli rumah di masa muda.

Inspirasi saya nak memiliki sekurang-kurangnya 20 biji property sebelum umur 40 tahun atau nak jadi jutawan masa umur 40 tahun dan hasil daripada rumah tersebut boleh buat duit pencen, hehe.

Cabaran dan kesukaran membeli kediaman pertama – menahan nafsu untuk membeli kereta baru.

Saya pakai kancil sejak belajar sampai kahwin. 7 tahun baru tukar kereta baru tu pun kereta kecil juga.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram