Ini adalah video inspirasi yang sama seperti cerita nenas yang pernah kami kongsikan sebelum ini.

Mesej kali ini adalah “Kita Boleh Cuba”. Sikap positif ibunya yang tidak serik mencuba mempengaruhi keperibadian anaknya untuk membesar menjadi orang yang berjaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk rekod, video ini adalah berdasarkan kisah benar. Ju ataupun nama sebenarnya Netnapa Saelee kini adalah seorang pensyarah di Universiti Thaksin di Wilayah Pattalung. Beliau telah terpilih sebagai Saintis Kehormat untuk berkerja di pusat penyelidikan di Sweden.

p/s : Kami sedikit sebak menonton video ini. Orang Thailand memang berbakat menghasilkan video yang menusuk kalbu.