Pasti anda masih ingat apa yang anda lakukan ketika waktu rehat zaman sekolah dahulu. Adakah anda hanya makan di kantin atau bermain kejar-kejar di padang sekolah atau hanya berborak kosong bersama rakan-rakan?

Ini satu kisah yang pasti dapat memberikan inspirasi kepada pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah. Perkongsian kisah rare ini dikongsikan oleh Redzwan Azizan di Facebook miliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Redzwan Azizan berasa kagum dengan semangat dan sikap yang ditunjukkan oleh seorang pelajar ketika dia berkunjung ke SMK Bintang Utara sebelum ini. Pelajar tersebut membantu makcik kantin menjual roll dan ayam gunting ini bernama Hau.

Menariknya, pelajar tersebut menggunakan masa rehatnya dengan aktiviti yang bermanfaat iaitu mempraktiskan ilmu berniaga di mana segelintir pelajar lain dapat berehat pada waktu terluang mereka. Waktu rehatnya digunakan untuk bekerja dengan makcik kantin tersebut.

Lalu, Redzwan bertanya kepada makcik kantin tersebut sama ada Hau bekerja part time dengannya. Jawapan yang diberikan makcik kantin cukup mengejutkan kerana Hau secara sukarela ingin bekerja dan tidak meminta upah.

Menurut makcik kantin itu, bapa Hau seorang peniaga juga dan upah yang makcik itu berikan adalah membenarkan Hau untuk makan apa sahaja yang ada di kantin jika dia mahu.

Bagi Redzwan, dia melihat situasi ini dari sudut yang positif. Walaupun Hau orang Cina, tetapi dia sanggup membantu makcik berbangsa Melayu. Malah, dia juga peka dengan soal makanan, di mana dia memakai glove dan serius dalam penyediaan makanan.

Selain itu, walaupun pelajar sebaya, senior dan junior beratur panjang, Hau tenang menyiapkan pesanan dan kekal dengan senyuman. Tidak ramai pelajar di Malaysia ini yang mempunyai sikap positif sebegini. Pengurusan masa, kemahiran interpersonal dan kemahiran berniaga diri dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada anda di luar sana dan sikapnya dapat dijadikan contoh kepada anak-anak anda.