Pernahkah anda rasakan pada satu ketika banyak sekali pilihan dan peluang buat duit yang muncul di depan mata?

Bermacam-macam peluang anda nampak. Kawan A buat hartanah meletup-letup, kawan B buat duit dengan emas, kawan C pula kaya raya hasil bisnes online.

Dan anda pula? Kalau boleh nak tau dan nak buat semua. Boleh lah kaya cepat sikit.

Kami ingin kongsikan kisah “fokus pada telur sendiri” hasil perkongsian Tuan Umar Taib ini sebagai pengajaran.

title=

Ciki. Seekor ibu ayam.

Ciki sedang mengeram telurnya yang sebiji.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 2 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 4 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Pandang sebelah. Eh sarang sebelah ada 6 biji telur. Kalau aku eram lagi banyak anak aku.

Ciki angkat bontot dan pindah ke sarang sebelah.

Eram. Eram.

Tiba-tiba Pak Akob datang. Masuk reban dan ambil telur. Untuk dibuat telur dadar, telur mata kerbau, telur separuh masak dan char kuey teow telur dibasuh.

Aduh. Ciki menyesal. Kalau aku duduk mengeram diam-diam kat telur dulu, mesti sempat menetas. Walaupun sebiji.

‪Pengajarannya, fokus dan buat satu persatu

Credit : Tuan Umar Taib, dengan izin.

Like The Vocket di Facebook

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤