Beberapa bulan lalu, kita dihidangkan dengan dokumentari mengenai Tinder Swindler yang ditayangkan di Netflix. Ia mengisahkan seorang lelaki yang menggunakan imej mereka dan mengaku kaya untuk menipu para gadis.

Di dalam dokumentari Netflix itu, lelaki yang dikenali sebagai Simon itu mendakwa dia adalah anak kepada ‘Raja Berlian’ Israel, Lev Leviev. Simon menjerat mangsa yang kebanyakannya adalah wanita dengan menunjukkan gaya hidupnya yang mewah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dokumentari itu mungkin menceritakan sisi gelap lelaki penipu di Eropah, namun tahukah anda bahawa wujud Tinder Swindler versi Indonesia? Mereka menjalankan pelan jijik mereka dengan modus operandi yang sama iaitu mengaku kaya untuk mengaut keuntungan dari para gadis.

Kisah ini mula tular selepas dikongsi oleh akaun @malamwithoutkata. Dalam muat naiknya, lelaki yang dianggap Tinder Swindler versi Indonesia itu namanya adalah James Daniel Sinaga yang telah dipercayai telah memperdayakan ramai mangsa.

“TWITTER TOLONG LAKUKAN MAGIC ANDA. HATI-HATI TINDER SWINDLER VERSI INDONESIA. Jadi saya betul-betul keliru nak luahkan kat mana. Saya betul-betul tertipu dengan orang ni. Ada sesiapa kenal? Tolong RT,” ciapnya di laman Twitter.

Jelas akaun itu, perkenalan mereka berdua bermula seperti perkenalan biasa, lelaki itu dikatakan mengajaknya keluar bersiar-siar dan makan. Dalam tangkap layar mesej yang turut dimuat naik, James memberitahu wanita itu bahawa beliau memiliki perniagaan yang menjalankan perniagaan di dalam sektor tekstil di beberapa kawasan seperti Bandung dan mempunyai lebih 22 ribu pekerja.

James turut berkata bahawa dia mempunyai kilang alat berat di kawasan Tangerang dengan 820 pekerja. Selain kilang, lelaki itu turut memberitahu dia mempunyai 50 pekerja yang terlibat dalam sektor hartanah, serta beberapa francais seperti Starbucks, Sushi Tei, iBox, Chatime.

Wanita itu turut ditawarkan tempat untuk pembukaan besar iBox, dengan syarat dia hanya perlu membayar cukai. James juga pernah berjanji kepada wanita itu untuk hidup bersama dan menanam pelbagai imaginasi indah jika mereka bersama.

“Saya cerita ini supaya tidak ramai yang menjadi mangsanya dan berhati-hati. Dia menjanjikan kehidupan bersama dan impian yang sempurna. Kita sepatutnya tahu lebih baik, jika ia terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Kemudian sebenarnya hanyalah mimpi. Mungkin salah saya sebab saya terlalu clingy dan ada daddy issue. Jadi apabila seorang lelaki memberikan kasih sayang dan perhatian, saya sudah beranggapan bahawa segalanya adalah dunia saya,” sambungnya.

Pemilik akaun itu turut mengaku bahawa dia pernah tergoda dengan cara James – lelaki yang digelarnya sebagai Tinder Swindler versi Indonesia – sehingga dia sanggup memindahkan sejumlah wang ke akaun lelaki terbabit.

“Malangnya, saya tergoda dan memindahkan sejumlah wang ke akaun atas nama Ramdani SE AK (Bank Permata). Sebabnya bila kamu jumpa orang ini secara berhadapan. Cara dia bercakap, perangainya dan sebagainya boleh membuatkan anda percaya 100%. Dia kata banknya sudah kena limit dan perlukan bantuan untuk membuat pemindahan. Dan berjanji akan diganti bila tiba masanya,” tulis akaun itu.

Wanita itu turut menjelaskan bahawa James sering mengadakan mesyuarat di beberapa kawasan seperti Batam dan Bandung. Lelaki itu juga mendakwa mempunyai seorang abang yang belajar di luar negara.

“Saya tahu saya bukan seorang sahaja. Tolong jangan biarkan lebih ramai mangsa! Sekarang akaun saya sudah disekat. Oh ya, saya lupa untuk memberitahu bahagian yang lebih penting, saya bodoh,” tulisnya.

Dia turut menyebut ada beberapa lagi mangsa yang termakan rayuan lelaki itu. Salah seorang daripada mereka dikatakan kehilangan komputer riba.

“Ada juga yang telah ditipu 10 juta, 6 juta dan masih melarikan diri. Ada lagi satu. Modus operandinya pun sama. Jika anda nampak dia di dating/chat apps, terus lapor sahaja akaunnya,” tulisnya.

Sering bangga tayang kehidupan mewah, polis sita aset milik ‘influencer’ ini bernilai RM18.7 juta. Rujuk pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Sering Bangga Tayang Kehidupan Mewah, Polis Sita Aset Milik ‘Influencer’ Ini Bernilai RM18.7 juta

Mangsa Ini Dedah Modus Operandi ‘Scam’ Kerja Sambilan Selepas Rugi Hampir RM16,000

Curi Gambar Mangsa Di Media Sosial, ‘Scammer’ Ugut Santau Jika Tidak Beri RM100