Kisah ini buat kami tergelak besar. Memang kelakar.

Situasi yang berlaku pada bukan sebarangan orang tapi pada towkay kedai makan.

Tuan Az Zubair adalah pemilik bagi rangkaian kedai makan Tam Nasi Ayam yang sungguh sedap. Beliau menulis di laman facebooknya dan cerita ini kami kongsikan semula kepada pembaca setia The Vocket dengan izin beliau.

Situasi di sebuah kedai makan

Aku menghabiskan sisa minuman. Ku hirup perlahan sehingga habis airnya di dalam gelas plastik tersebut.

Tiba-tiba henfonku berbunyi. Oh adikku dari Kangar telah sampai.

Terdengar melalui corong telefon.

“Tam, Aki dah sampai. Tam nak ambil ke?”

Aku menjawab, “Ok satgi Tam sampai. 10 minit” betahku menjawab.

Aku beredar ke kereta di tepi kedai. Kebetulannya aku parking dekat dgn kedai tersebut. Hujan yg mencurah curah tidakku endah.

Kemudian datang suara dari belakangku
“Err bang, yang abang makan tadi dh bayar ke?”

Aku menoleh, pantas aku menjawab, “Belum”

Rupanya ia adalah restoran orang lain. Bukan milikku.. hehe dengan tersipu-sipu aku membayar di kaunter.

Inilah trauma mereka yg mengusahakan kedai makan.. haha

p/s: wakenabeb!

Like page The Vocket di Facebook

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group