Terdahulu, selebriti transgender dari negara jiran, Indonesia, Muhammad Millendaru Prakasa atau lebih dikenali sebagai Millen Cyrus pernah ditahan di penjara lelaki sebelum dipindahkan ke sel khas.

Dia dipindahkan atas sebab wujud kebimbangan bahawa dia akan mengalami penderaan seksual jika dia diletakkan bersama-sama  dengan banduan lelaki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, kes keganasan seksual terhadap wanita transgender di penjara lelaki pernah didokumentarikan oleh Monica Z. Lam.

Dokumentari pendek yang dimuat naik di akaun YouTube KQed Arts pada 26 Jun 2020 menceritakan sisi gelap wanita trangender yang ditempatkan di penjara lelaki di Amerika Syarikat.

Sebahagian dari mereka mengakui pernah mengalami gangguan seksual, bahkan diperkosa oleh tahanan lelaki. “Di penjara pertama saya, saya diperkosa,” kata Yekaterina Wesa Patience, seorang tahanan di penjara lelaki di Vacaville, California.

Yekaterina bukan satu-satunya tahanan transgender di AS yang mengalami layanan kejam. Menurut jurnal Violence in California Correctional Facilities: An Empirical Examination of Sexual Assault (2009), golongan transgender lebih kerap diseksa secara seksual di penjara lelaki.

Bagi Yekaterina, salah satu cara untuk mengelak dia dirogol adalah dengan berlakon menjadi kasar dan agresif seperti tahanan lelaki yang lain.

“Rasanya seperti sedang berlakon. Setiap hari saya harus memastikan gaya saya sesuai seperti lelaki, berjalan dan bersuara berat. Saya bertindak seperti lelaki yang kuat. Sehingga suatu hari saya tidak tahan sehingga jiwa saya terganggu,” kisahnya.

Daripada niat mahu menjadi orang yang lebih baik, persekitaran penjara sebenarnya memberi pengaruh buruk dan meninggalkan trauma terhadap dirinya. “Saya tidak memerlukan masalah baru dalam hidup saya,” kata Yekaterina, yang beberapa kali dipindahkan.

Selain gangguan seksual, masalah lain yang dihadapi wanita transgender di penjara lelaki adalah program bimbingan yang berorientasikan lelaki. “Kami tidak berupaya untuk menyesuaikannya,” kata Jazzie Paradise Scott, rakan sebaya Yekaterina.

Oleh itu, dia meminta pihak penjara menyediakan satu program khas yang sesuai dengan keperluan para banduan transgender wanita. Ini juga bagi memastikan bahawa mereka dapat melakukan apa sahaja rutin dengan selamat tanpa sebarang ugutan dari banduan lelaki.

Usahanya akhirnya membuahkan hasil. Di LP Vacaville, Jazzie dan Yekaterina kini dapat menikmati kemudahan khas mulai dari kemudahan sukan dan program kecergasan.

“Sekiranya anda merasa seperti seorang wanita, maka saya rasa anda harus berkumpul bersama dengan wanita lain. Ini akan mengurangkan banyak masalah, seperti gangguan seksual, pemerkosaan dan tekanan lain,” kata Yekaterina.

Terdahulu, Bangladesh buka Madrasah pertama untuk golongan transgender muslim. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Watak Superhero Transgender Pertama Bakal Diwujudkan Oleh Marvel

Bangladesh Buka Madrasah Pertama Untuk Transgender Muslim

Transgender Dibakar Hidup-Hidup Di Jakarta Selepas Tidak Mengaku Mencuri