Jika diperhatikan, saban hari ada saja terpapar di media berbagai kisah kurang enak tentang gadis di negara ini. Dari kes buang anak, lari dari rumah dan terperangkap di negara asing akibat terpedaya dengan janji manis pakwe berhidung tinggi dan kulit berbelang-belang, hinggalah berbagai gejala sosial yang lain.

Tapi bagaimana jika kami katakan hakikatnya disebalik segala kisah negatif itu banyak lagi kisah menarik, kisah penuh inspirasi dan teladan yang bertebaran di dalam masyarakat kita yang selayaknya diberi perhatian?

Kali ini kami ingin kenalkan anda dengan Cik Siti Noridah atau di kalangan rakan-rakan dipanggil sebagai “Et” sahaja.

travel-solo-afghanistan

‘Hidup’ tanpa cabaran, bukan ‘hidup’ namanya- Et

Et merupakan antara segelintir gadis yang sukakan cabaran, ingin melihat dan merasai indahnya alam ciptaan ilahi dari kaca mata dan persepsi sendiri serta sanggup bersusah payah menempuh halangan yang menguji ketahanan mental dan fizikal beliau.

travel-solo-pakistan-4

Phandar Lake Ghizer Valley. Gilgit-Baltistan, Pakistan.

Mungkin juga tiada sesiapa yang mempunyai keinginan ke tempat-tempat yang telah Et jelajahi sehingga hari ini, apatah lagi bagi seorang gadis.

Siapa lagi yang mengimpikan untuk melihat dengan mata kepala sendiri keadaan di Afghanistan? Siapa yang mengimpikan untuk berjumpa dengan puak Taliban? Siapa yang teruja melihat pihak militari berperang dengan kereta kebal?

Ya, sekurang-kurangkan saya mengimpikan semua itu!

travel-solo-afghanistan-2

India, Pakistan, Afghanistan, UAE, Iran dan Turki. Berikut adalah negara yang telah Et jelajahi selama 161 hari  (6 bulan) secara solo. Jika dilihat di dalam peta dunia, negara-negara ini tersusun cantik bermula di benua Asia Selatan sehingga mencecah ke benua Eropah Timur.

travel-solo-pakistan

Anehnya, malah saya ada perasaan untuk menghindar daripada pergi ke tempat yang orang lain kerap pergi. Kurang atau hampir tiada maklumat di internet, tiada buku panduan A-Z, tiada peta yang lengkap : sebahagian daripada faktor bagaimana saya memilih tempat baru untuk diteroka.

travel-solo-afghanistan-3

Terus terang saya katakan, semakin jarang tempat itu diterokai semakin menggila dan membuak-buak perasaan ingin tahu saya tentang bagaimanakah rupa bentuk buminya, apakah makanan rujinya, adat resam penduduk setempatnya, agamanya, bahasanya, pakaian tradisinya, semuanya.

travel-solo-ke-afghanistan-3

travel-solo-ke-afghanistan

Travel is not only about sight-seeing, or capture the best shot or just ‘been there done that’. It is a way of life. If you need to change your way of life, it requires a lot of courage to do so. I am trying hard now, this is just the end or only the beginning.

travel-solo-afghanistan-4

Selain untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang tidak akan pernah habis di dalam kepala, keterujaan untuk melintasi sempadan di antara dua negara melalui jalan darat juga menjadi kegilaan tertinggi bagi Et.

travel-solo-pakistan-2

Iqra, tempat kanak-kanak belajar menghafal Al-Quran, Ghizer Valley, Pakistan

travel-di-pakistan-1

Bersama tokoh tourism, founder NGO dan ahli sejarah Pakistan – Afghanistan. Peshawar, Pakistan

travel-di-pakistan-2

Masuk masjid senyap-senyap, amik gambar curi. Peshawar, Pakistan

Menurut Et perasaan sebaik sahaja dapat menjejakkan kaki ke negara seterusnya adalah sesuatu yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Seperti suatu kemenangan. Kebebasan mutlak daripada negara yang sebelumnya.

Sehingga kadang saya terlupa betapa berisiko kawasan pemisah atau pembahagi antara dua negara tersebut. Saya terlupa ancaman puak Taliban, saya terlupa ancaman militari, saya terlupa ancaman AMS dan sebagainya. Saya cuma pengembara yang bersenjatakan passport merah, tidak lebih dari itu.

travel-solo-iran-2

Berkongsi kisah pengembaraan beliau, berikut antara pengalaman pahit manis yang telah Et lalui selama 6 bulan mengembara solo.

Hari kedua di Afghanistan saya ditahan oleh pihak militari kerana mereka mengesyaki saya pengintip daripada Pakistan. Tuduhan mereka bertambah berat apabila melihat passport saya yang jelas menyatakan dia telah berkeliaran hampir 50 hari di Pakistan sebelum mendarat di Kabul.

Saya akui itu memang salah satu pengalaman yang ‘gila’. Iya, negara kegemaran saya buat masa sekarang adalah Pakistan, tapi saya bukan pengintip.

travel-solo-iran-3

Cobbler. Only in Kabul, Afghanistan.

Menceritakan pengalaman di tahan pihak militari, ujar Et :

Saya disuruh duduk. Dengan bantuan penterjemah tadi saya disoal banyak soalan. Bila mereka tahu saya adalah muslim, mereka menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Mereka kelihatan puas bila saya dapat mengucapkan dua kalimah syahadah dan mula senyum sesama mereka. Saya rasa lega sedikit.

Setiap kali saya di soal keras oleh pegawai-pegawai Afghan :”Kenapa kamu ke Afghanistan?”

Saya cuma menjawab, “Saya cuma pelancong biasa dan saya ingin melihat bumi Afghanistan. Saya percaya di Afghanistan juga terdapat banyak yang menarik untuk dilihat.”

Kebanyakan mereka menggeleng kepala dan berkata, “Di Malaysia kamu tidak ada dengar berita tentang Afghanistan?”

Banyak lagi cerita ‘gila’ yang telah Et lalui sepanjang tempoh 161 hari ini. Antaranya adalah hitchiked sejauhlebih 200 km di kawasan pergunungan di sekitar Spiti Valley, India secara bersendirian, treking solo di kawasan pergunungan di India dan pernah juga dituduh melarikan diri dari rumah untuk menyertai ISIS!

travel-solo-ke-afghanistan-2

Mereka mula menyoal siasat.

“Awak ni travel atas tujuan apa?”
“Buat apa lama-lama di Pakistan?”
“Kenapa pergi Afghanistan?!”

Bertalu soalan seperti peluru. Saya jawab sebaiknya setiap soalan mereka. Tapi mereka tak dapat menerima jawapan saya. Pada mereka mana mungkin ada perempuan melayu travel sendiri selama 6 bulan. Kemudian ke negara-negara seperti Pakistan, Afghanistan sampai ke Turki.

Mereka mula menuduh,

“Awak nak buat apa sampai ke Turki, jangan main-main, mungkin awak ni nak join ISIS kat sana??”

Dalam hati saya, hampeh betul.

Saya menarik nafas dalam-dalam cuba sebaiknya menerangkan kepada mereka tujuan saya travel. Saya bukan ISIS.

Menceritakan pengalaman hitchike pula, berikut adalah luahan hati Et.

travel-solo-india

Altitude tinggi, oksigen menipis, beberapa minggu tidak dapat berkomunikasi dengan orang (language barrier), menyesatkan diri di bumi putih yang seolah tiada penghujung, tiada manusia, tiada apa-apa. Hanya selimut merah sebagai peneman. Ada ketika rasa ingin saja berbual dengan shawl merah, satu-satunya teman terdekat yang ada ketika ini. SubhanAllah, Allah maha besar!

travel-solo-iran-1

Orang perempuan wajib berselubung dengan ‘selimut’ kalau nak masuk masjid syiah ni. Waktu di Iran saya tak dapat interaksi dengan perempuan tempatan kat sana langsung – Shiraz, Iran

travel-solo-afghanistan-5

Taman permainan, kubur, rumah – hanya di Kabul, Afghanistan.

I am just few kilometres away from the war zone. I can feel the aura here so strong, sometimes I can even hear the war sounds. Soldiers with gun and tanks everywhere. This reminds me alot of Kabul, Afghanistan.

Antara pengalaman berharga Et ialah bila dapat berjumpa dengan pelarian Kobani (Syria) di kem pelarian di Suruç (Turki). Selain dapat berjumpa dengan dengan sukarelawan lain di sana, Et juga seronok bekerja dan minum kopi Turki bersama para sukarelawan.

Lokasi kem pelarian yang tidak jauh dari Kobani yang sedang di bedil ISIS, bunyi letupan dan bom bukan sesuatu yang luarbiasa. Melihat keadaan di sana buat Et terfikir, kenapa dan sampai bila. Sampai bila mereka akan duduk di kem yang serba daif itu, lebih memburukkan keadaan bila perlu melalui musim sejuk dalam serba kekurangan.

travel-solo-ke-afghanistan-4

Bila dikenang kembali, Et jadi rindu pada kanak-kanak di sana. Mereka kelihatan ceria dan seolah tidak mengendahkan keadaan sekeliling mereka. Mereka terlihat sangat positif, tetapi kita yang tidak mengalaminya sendiri pasti tidak akan faham walau sesuku pun dari penderitaan mereka di sana.

travel-solo-iran-4

Ditanya apakah cabaran lain yang pernah dilalui, menurut Et antara cabaran yang perlu dilalui sebagai wanita yang mengembara solo adalah gangguan seksual.

Saya juga ada mengalami pengalaman yang agak menakutkan di beberapa buah negara namun mujur tiada sentuhan fizikal yang berlaku. Semua pengalaman tersebut hanya membuatkan saya lebih kuat dari segi mental.

Mungkin ianya membuatkan saya agak trauma tapi saya tidak benarkan ianya menganggu fikiran saya terlalu lama. Kerana saya pasti ianya hanya salah satu pelajaran untuk saya dan dengan terus berfikiran positif ianya dapat ditukar kepada energi untuk saya lebih cekal dalam perjalanan seterusnya.

Sebelum mengakhiri perbualan, ini pesanan Et buat mereka yang ingin mengembara solo ke negara yang telah beliau kunjungi itu :

Pesan saya, sentiasa dapatkan info terkini tentang negara-negara yang ingin dilawati daripada pihak kedutaan. Kerana biasanya sistem mereka boleh berubah tanpa notis atau secara tiba-tiba. Jadi perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan kerana biasanya proses birokrasi di negara yang berisiko (eg: Afghan, Pakistan, Iran) adalah rumit.

Terkini, Et sedang giat menulis pengalaman beliau utuk dijadikan sebuah travelog. Kami doakan Et berjaya menyiapkan travelog beliau dengan segera. Sejujurnya kami juga tak sabar untuk mengetahui berbagai pengalaman yang telah Et lalui sepanjang mengembara solo di 6 buah negara tersebut.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan travelog Et di facebook, instagram dan blog beliau.

Siapa kata kita dah hilang semangat belayar yang pernah gah ribuan tahun dulu? Dan siapa kata wanita Melayu sudah hilang semangat juang Tun Fatimah? Nah ini buktinya.

Follow Vocket di Instagram