Lelaki ini telah terinspirasi daripada membaca kitab suci dalam membina replika kapal Nabi Nuh yang digunakan untuk menyelamatkan manusia dari banjir besar.

Namanya adalah Johan Huibers, dia bekerja sebagai tukang kayu di Belanda. Difahamkan, dia membina bahtera Nabi Nuh ini mengikut spesifikasi yang ada di dalam kitab suci.

Dia mula membina replika bahtera Nabi Nuh ini setelah dia bermimpi mengenai satu banjir besar yang melanda Belanda. Lalu selepas dia bangun, dia katakan kepada dirinya bahawa dia perlu membina sebuah bahtera bagi mendekatkan dirinya dengan Tuhan.

16

Selain itu, tujuan dia membina replika bahtera Nabi Nuh tersebut adalah untuk memberi inspirasi kepada anak muda tentang cerita pengorbanan Nabi Nuh dan para pengikutnya dalam usaha untuk menyelamatkan diri dari banjir besar.

Kapal pertama yang dibina olehnya adalah pada tahun 2004. Ia berukuran separuh dari bahtera Nabi Nuh. Dia menggunakan kapal terbabit untuk membawa pelancong mengunjungi kawasan tempat dia tinggal.

Pada tahun 2008, dia mula membina bahtera Nabi Nuh seperti yang ditulis di dalam kitab suci. Huibers dan pekerjanya berjaya menyiapkan kapal dengan ukuran sebenar pada tahun 2012 dan beratnya adalah 3,000 tan.

noahs-ark-600

Sejak ia siap dibina, kapal yang mampu memuatkan 4,000 orang dan 15,000 spesies haiwan tersebut telah menjadi tumpuan orang ramai dan menjadi pusat pelancangon kepada mereka yang bertandang ke Belanda.

Di dalamnya terdapat bilik tidur, ruang teater, restoran, dan dewan persidangan yang mampu menampung 1,500 orang. Terdapat juga sebuah bilik besar yang dipenuhi dengan tumbuhan dan dilengkapi dengan haiwan plastik.

Kini, kapal yang diberi nama Noah’s Ark telah bertukar menjadi tempat pelancongan dan telah dikunjungi oleh ribuan pelancong dari luar negara. Selain itu, ia juga digunakan sebagai pusat pendidikan dalam menyebarkan ilmu dan cerita pedoman untuk anak-anak yang masih bersekolah.

Big_Ark2

Ketika ditanya adakah bahtera ciptaannya dapat digunakan jika banjir benar-benar melanda Belanda seperti dalam mimpinya, dia menjawab, “Air akan datang. Dari pergunungan, dari laut, ke Jerman. Seperti 1959. Kedengarannya seperti azab dan suram. Tetapi saya tidak takut.”

Untuk rekod, Belanda pernah dilanda banjir besar pada zaman dahulu. Kejadian terbabit telah membunuh lebih dari 2,000 nyawa.

Terdahulu, ramalan kartun The Simpsons tahun lalu akhirnya jadi kenyataan pada hari ini. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ramalan Kartun The Simpsons Tahun Lalu Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Muka Lelaki India Dengan Misai Tebal Sering Jadi Bahan Jenaka, Siapa Sebenarnya Dia?

Kisah Anak Kepada Orang Ketiga Terkaya Di Malaysia Yang Memilih Untuk Menjadi Sami Buddha

Anda Mungkin Suka