Dalam berniaga, urusan duit dan wang ringgit semestinya penting buat setiap usahawan dan peniaga.

Sebagai seorang yang beragama, urusan halal haram dan keberkatan rezeki adalah lebih utama.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Seorang usahawan borong dari China, Tuan Mohd Faiz telah diuji dengan wang ringgit, dan apa yang beliau utamakan, memberi pengajaran.

Ikuti kisah beliau di bawah.

JAHAT TERANG TANG TANG

Beberapa minggu yang lalu, saya ada terima 1 panggilan dari seorang hamba Allah.

Ikuti Ringkasan perbualan kami.

Dia : ‘Bro, apa kabar? Saya ***** dari *****. Saya dah lama folow FB bro ni.Saya nak ajak bro JV dengan saya.’
Saya : “ok, nak JV natang pa?”
Dia : ‘Nak tak kita buat plastik PRABAYAR POSLAJU di China?.Saya bagi modal bro cari kilang’
Saya : Teruskan.
Dia : ‘Kita buat banyak banyak then kita jual dengan harga yang murah dari poslaju, untung besar bro”.

Saya (Tanpa pikir panjang): ‘Aku tahu mana nak buat benda lah ni, dan aku penah tanya harga kos seunit. CIPLAK dan buat yang sama sebijik poslaju. Sekitar 28sen sahaja. Modal 28sen jual rm5.(poslaju juai rm6)

Untung RM4.72 seunit(rm5 – 28sen).Jual 10 000pcs sebulan = RM 47 200

buat bisnes 1 tahun (47200 x 12bulan) = RM 566 400

2 tahun boleh jadi JUTAWAN WOOOO.

Tapi maaf bro, aku ada anak bini dan family.Depa nak makan makanan dan sumber rezeki yang HALAL. Biaq pi sikit pon tp yang mngalir jd darah daging biaq la yang BERSIH + HALAL.

..
..

Teruih dia diam aku bg tazkirah 3 bakoi.Fuhhh ujian utk aku juga.

p/s : Hati hati dengan sumber rezeki kita ya kawan kawan.Utamakan soal hukum HALAL HARAM dahulu baru buat kerja.
BUKAN buat BISNES separuh jalan baru PIKIAQ HALAL HARAM.
Nanti dah tau HARAM , susah ooo nak tinggai.Kena pulak yang HARAM tu dok MASHUKKKK lebat.

———————————
Semoga kita mengambil pengajaran dan semoga semua pembaca The Vocket sentiasa di bawah lindungan Allah yang Maha Esa, InsyaAllah.

Sumber: Mohd Faiz, dengan izin

Like The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka