Fitrah seorang wanita Tuhan jadikan suka pada kecantikan dan sentiasa mahu kelihatan cantik. Selalunya wanita akan sanggup menghabiskan wang, masa dan tenaga pada kecantikan wajah mereka. Maka bermacam-macam rawatan mencantikkan muka sanggup dicuba walaupun terpaksa menanggung kesakitan.

Begitu juga dengan seorang gadis Singapura ini, Juli merupakan seorang penulis blog kecantikan. Wajah semulajadinya dah cukup menarik dan cantik tapi semuanya berubah selepas menjalani facial. Cerita ini adalah cerita benar, namun dialog di bawah ini adalah rekaan semata-mata.

“Hmmm.. Duit iklan dah masuk ni. Minggu depan ada majlis anugerah blogger, mestilah nak kelihatan lebih cantik. Aku nak cuba buat facial lah, kawan aku cakap kat tempat baru buka tu macam best. Bolehlah aku memanjakan diri dan bagi orang lain belai wajah aku ni. Malaslah nak buat rawatan sendiri kat rumah”

“Sebelum mula rawatan , mestilah nak selfie dulu. Nanti nak update kat blog, wajah sebelum dan selepas. Mesti gempak ni dan ramai followers akan like”

Tetapi sebaliknya yang berlaku….

Hari Pertama Selepas Facial

Hari Kedua Selepas Facial

Hari Ketiga Selepas Facial

Hari Keempat Selepas Facial

Dia terpaksa memakai mask menghadiri majlis anugerah blogger dimana dia merupakan finalis pada malam tersebut bagi kategori blog kecantikan.

Bagi semua wanita di luar sana yang baru hendak mencuba rawatan muka untuk pertama kali,

1. Pastikan tempat rawatan muka tersebut mempunyai kredibiliti
2. Elakkan facial jika kulit anda dikategorikan sebagai sangat sensitif
3. Ambil tahu produk dan peralatan yang digunakan untuk rawatan
4. Pastikan anda diberi taklimat terlebih dahulu tentang proses rawatan

Hargai wajahmu wahai wanita, kerana dirimu begitu berharga.

Ibarat Bunga Yang Cantik, Ditimpa Panas!

Like page The Vocket di Facebook

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤