Kegiatan menipu atau scam bukan sesuatu yang baharu. Ia boleh berlaku di mana-mana dan individu itu boleh menipu sesiapa sahaja asalkan beliau mempunyai keyakinan dan skil yang hebat.

Siew Im Cheah, seorang wanita kelahiran Malaysia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 51 bulan oleh Mahkamah Alexandria di Virgina, Amerika Syarikat atas tuduhan mencuri data identiti milik enam individu yang berbeza dan menipu untuk hidup mewah di Amerika Syarikat.

Cheah dipenjarakan sejak 4 Oktober 2019 dan jenayah terancang itu telah dilakukannya sejak 20 tahun yang lalu. Cheah menyamar dan menggunakan identiti orang lain untuk menipu dan mencuri akses aset kekayaan milik mangsanya. Liciknya, nama orang lain yang akan dipersalahkan atas setiap kejahatan jenayah yang dilakukan Cheah.

Pada 2001, setelah menipu akauntan Malaysia, Lau Ban Tin, Cheah melarikan diri ke Amerika Syarikat dengan nama visa pelawat palsu iaitu Lee Sau Hoong. Identiti tersebut dicuri dan ia milik seorang suri rumah yang menetap di Kuala Lumpur. Cheah berjaya mencurinya sedangkan Lee Sau Hoong yang ‘sebenar’ mendakwa bahawa dia langsung tidak pernah berjumpa atau mengenali Cheah.

Rekod jenayah yang dilakukan Cheah di Amerika Syarikat

Pada 2004, ini merupakan rekod jenayah pertama Cheah di AS selepas dia disabitkan kesalahan pecah rumah, mencuri kenderaan dan data identiti di Monrovia, California. Dia juga mencuri butiran peribadi serta lesen memandu milik tuan rumahnya untuk membeli sebuah kereta BMW.

Pada 2011, Cheah ditahan di California setelah memalsukan cek bernilai USD350,000 (~RM1.46 juta) di bawah nama ‘Claudia Lee’ untuk membeli sebentuk cincin berlian. Takut ‘terkantoi’, cicin tersebut kemudiannya digadaikan pada harga USD100,000 (~RM417,650).

Pada 2012, Cheah mahu dirinya dikenali sebagai Teresa Cheah dan berjaya mencuri butiran identiti rakan sebiliknya, Cindy Tran. Menyamar sebagai Cindy Tran, Cheah berjaya membuka satu akaun bank dan mengeluarkan wang polisi insuran nyawa milik Cindy. Cheah juga menjual dua buah kereta milik rakannya itu dan membeli sebuah lagi kereta yang baharu. Cheah kemudiannya melarikan diri ke Virgina Utara.

Mengaku kenalan rapat Obama dan Cucu Lee Kwan Yue

25wyneINYT-web-articleLarge
Sumber: The New York Times Post

Tambah kecewa, Cheah dianggap scammer paling berjaya setelah atlet profesional, pegawai eksekutif, chef serta gabenor Virgina mulai percaya bahawa dirinya merupakan kenalan rapat Presiden Obama dan cucu kepada Bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kwan Yue.

Diceritakan, salah seorang mangsanya pernah melawat Cheah yang ketika itu sedang sakit dan secara kebetulan dia terlihat sejambak bunga berserta kad ucapan yang ditandatangan oleh Obama. Hanya disebabkan itu, Cheah mendakwa bahawa Obama merupakan kenalan rapatnya.

Tidak cukup itu, Cheah berkata bahawa dia boleh mengakses wang pelaburan Singapura kerana kononnya dia merupakan cucu Lee Kwan Yue. Dengan taktik ini, Cheah lebih mudah untuk memperdayakan mangsa-mangsanya.

Guna wang pelabur untuk pembedahan plastik dan beli barang mewah

BeFunky-collage (54)
Cheah bangga memegang iPhone dan pernah menyewa apartment mewah di Los Angeles. Sumber: The Washington Post

Terlalu yakin, mereka (pegawai esekutif berjaya) memberikan wang setelah Cheah mendakwa bahawa dia akan melabur wang tersebut dalam pelbagai syarikat termasuk syarikat minyak di Nigeria, pendek kata seperti ‘Skim Cepat Kaya’. 

Cheah juga pernah menyamar sebagai wanita berusia 30an bernama Cindy Lin kepada seorang pemain American Foorball dari pasukan Washington Redskin dan agennya pada tahun 2015. Mereka bertiga bertemu di sebuah syarikat pengedar Pordche di McLean, Virgina.

Berdasarkan surat ‘hitam putih’ yang ditulis ejen itu kepada mahkamah, Cheah sebagai ‘Cindy’ memberitahu mereka bahawa dia mahu membeli majoriti saham dalam pasukan NBA Washington Wizards. Kerana terlalu percayakan Cheah, wakil pasukan Washington Redskin itu telah melabur wang mereka kepadanya bagi membida penjualan saham pasukan itu.

Malangnya itu semuanya hanyalah satu penipuan dan kesemua wang milik pelabur-pelabur tersebut telah Cheah laburkan untuk dia melakukan pembedahan plastik, membeli kereta dan barangan mewah termasuk menyewa sebuah apartment mewah $14,000 (~RM58,000)sebulan di Los Angeles.

Namun segalanya penipuan itu berakhir pada tahun 2017 setelah Cheah ditahan kerana memandu laju sebuah kereta Porsche di Virgina dan menggunakan lesen milik bekas rakan sebiliknya, Cindy.

Difahamkan Cindy sering menerima surat hutang kad kredit dan saman lalu lintas sedangkan bukan dia yang melakukannya. Perkara itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak polis dan hasil rakaman CCTV menunjukkan Cheah, si pelakunya.

Sudah insaf, Cheah mengaku bersalah kerana mencuri identiti dan melakukan penipuan di mahkamah Alexandria. Semasa kesnya dibicarakan pada 2019, Cheah masih sempat menipu pihak mahkamah dengan menyamar sebagai Lee Sau Hoong yang berusia 66 tahun. Identiti itu telah disahkan sendiri oleh peguamnya.

Walau bagaimanapun, identiti itu juga adalah palsu menurut pendakwa raya, Gordon Kromberg. “Dia bukan berusia 66 tahun tetapi 59 tahun dan Lee Sau Hoong itu hanyalah identiti yang pernah dia curi,” kata Gordon.

Dakwaan itu disokong selepas mahkamah menemui nama Lee Sau Hoon yang sebenar kini berada di Kuala Lumpur. Cheah didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 51 bulan. Sungguh tidak percaya tetapi inilah kisah Siew Im Cheah, seorang scammer Malaysia yang penuh dengan cerita plot twist dan penipuan.

Pegawai polis ini melayan scammer yang menyamar sebagai pegawai Kastam. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Menyamar Jadi Pegawai Kastam, Pegawai Polis Ini Layan Sampai ‘Scammer’ Putus Asa Buat Netizen Terhibur

Lihat Bagaimana Scammer Menyamar Sebagai ‘Pilot’ Di Facebook Untuk Tipu Wanita Tempatan

Lelaki Ini Dedah Keadaan Markas ‘Scammer’ Di Cyberjaya Yang Busuk Dan Tidak Selesa