Sekumpulan anak muda di bawah nama Sunny Side Up Production telah menghasilkan sebuah animasi pendek ‘Changing Batteries’ sebagai projek tahun akhir mereka di Universiti Multimedia, Cyberjaya, Malaysia pada tahun 2013. Mereka terdiri dari 4 orang ahli iaitu Shu Gi, Casandra Ng, Hon JiaHui dan Bahareh Darvish. Soundtracks disediakan oleh Shaheir Jibin.

Animasi pendek ini menceritakan tentang seorang wanita tua yang merindui anaknya. Dia tinggal seorang diri di sebuah rumah kampung di kawasan berdekatan sawah padi. Pada suatu hari, dia terkejut setelah melihat isi kandungan sebuah kotak besar. Ikuti kisah seterusnya di sini:

Menurut maklumat dari Facebook Page Changing Batteries, animasi dengan 2 watak utama ini, Granny dan Help-O-Boat pernah memenangi anugerah seperti:

1) Animation & Visual Effects Awards Night 2013: Delta Category – The Best 5 (Multimedia University, Malaysia)

2) DigiCon6 (Malaysia) – Prize for Effort, Top 10 Shortlisted.

3) BANG Awards 2014- Honorable Mention

4) Robot Film Festival (www.robotfilmfestival.com)- Winner of Best Robot-Human Interaction

LIKE Facebook The Vocket disini

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤