“Saya tahu ramai mempertikaikan kenapa saya tidak bersongkok apabila berbaju Melayu.

“Tapi, bagi saya apa yang penting ialah membawa identiti Malaysia dalam acara yang besar sebegini.”

SuperPark
HYPE
28 Aktiviti Awesome Yang Anda Boleh Cuba Di ‘SuperPark Malaysia’
Baca lagi →

Itu luahan pemuda kelahiran Pulau Pinang, Kishva Ambigapathy, 26, yang menjadi rakyat Malaysia pertama menjadi pembawa cokmar emas dalam satu daripada majlis rasmi sempena sambutan harijadi ke-90 Ratu Elizabeth II, 15 Mac lalu.

Ratu Elizabeth II lahir pada 21 April 1926.

kishva

Kishva membawa cokmar emas sempena sambutan harijadi ke-90 Ratu Elizabeth II sambil berbaju Melayu. NSTP/EMAIL

Tiga generasi kerabat diraja Britain termasuk Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton termasuk Putera Harry turut bersama-sama dalam upacara itu yang berlangsung di Westminster Abbey, London.

Kishva mengakui sudah cuba mencari songkok untuk dipakai bersama baju Melayu berwarna krim miliknya pada majlis bersejarah itu kelmarin, tetapi sukar kerana berada di kota London.

“Ke mana sahaja saya pergi di peringkat antarabangsa, saya akan pastikan saya datang dengan pakej budaya dan identiti kita rakyat Malaysia.

“Saya memilih baju Melayu kerana ia memang terkenal sebagai identiti Malaysia, walaupun saya berkuturunan India,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Video Kishva pada acara itu menjadi viral di laman Facebook (FB) dan menerima pujian ramai pengguna laman sosial termasuk Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia kerana berpakaian tradisi Melayu.

Kishva Ambigapathy, the Royal Mace Bearer on the Queen of England's 90th Birthday is a Malaysian student who studies MSc Global Politics at Durham University, a Chevening Scholar and the chairperson of the Commonwealth Youth Council (CYC), an association of young people from 53 countries that act as the official representative voice of 1.2 billion young people in the Commonwealth.We are proud of you, Engr. Kishva Ambigapathy, and let Malaysian flag fly high in the UK.

Posted by High Commission of Malaysia, London on Wednesday, March 16, 2016

Kishva berkata, keputusan untuk memilih pembawa cokmar dibuat Ratu Elizabeth II dan Jawatankuasa Belia Komanwel atas kapasiti belum ada rakyat Malaysia diberi tanggungjawab itu.

Faktor lain dia terpilih kerana dia memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Belia Komanwel (CYC), pertubuhan yang mewakili suara anak muda dari 53 negara Komanwel seluruh dunia.

“Saya sangat berbangga kerana mendapat peluang ini dan dihargai sebegini kerana bukan semua anak muda seusia saya merasai pengalaman sebagai pembawa cokmar untuk majlis seperti ini.

“Dan ini adalah penghargaan terbesar buat saya dan rakyat Malaysia amnya kerana pembawa cokmar adalah antara kedudukan tertinggi dalam mana-mana acara seumpamanya,” katanya yang juga bekas penuntut Universiti Sains Malaysia dalam jurusan kejuruteraan.

kishva

Kishva dan Ratu di Marlborough House, selepas acara di Westminster Abbey. NSTP/EMAIL

Kebanggaan itu sukar diluahkan Kishva, apatah lagi cokmar emas itu sangat istimewa kerana ia adalah hadiah daripada Ketua-ketua Kerajaan Negara Komanwel kepada Ratu Elizabeth II sempena sambutan kelahirannya yang direka mempunyai elemen bendera 53 negara Komanwel.

Kishva yang adalah penuntut tajaan Biasiswa Chevening dari Durham University mengambil jurusan Sarjana Sains Politik Antarabangsa tiba di London pada September tahun lalu dan dijangka menamatkan pengajian pada September depan.

Menurut Education Malaysia London di FB, Kishva adalah penuntut Asia pertama yang dilantik sebagai Pengerusi CYC bagi sesi 2015-2017.

“Selepas dilantik sebagai Pengerusi CYC pada November tahun lalu, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Negara Komanwel memutuskan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi baru ibu pejabat CYC,” katanya.

kishva

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Kishva yang dipilih sebagai Pengerusi baharu Majlis Belia Komanwel (CYC) di Malta, semalam. NSTP/ Email

CYC menaungi 1.2 bilion belia di 53 negara Komanwel dan agenda utama CYC dalam dua tahun ini bersama pemimpin Komanwel adalah menjurus kepada perubahan iklim, melatih lebih ramai belia Komanwel sebagai usahawan dan memerangi penularan ideologi keganasan di kalangan belia.

Pemilihan Kishva dibuat pada Forum Belia Komanwel sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang berlangsung di Malta pada November 2015.

BACA: Berbaju Kurung Di Milan, Tanpa Sedar Gadis Melayu Ini Jadi Tumpuan Ramai

Artikel di atas disumbangkan oleh Mazizul Dani. Wartawan. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka