Pastinya anda cukup mengenali jenama coklat Kit Kat yang menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. Kit Kat tampil berbeza apabila berkolaborasi dengan Etude House untuk menghasilkan palet eyeshadow mini edisi khas.

Menariknya koleksi Kit Kat x Etude House eyeshadow ini diilhamkan daripada dua perisa coklat Kit Kat iaitu original dan strawberi tiramisu. Beg kecil dengan tulisan ‘Kit Kat’ turut akan diberi bersama untuk memudahkan anda menyimpan palet eyeshadow  mini ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi ini, anda boleh mula cari di butik Etude House atau secara atas talian. Harga untuk koleksi ini adalah 20,000 won (~RM73).