Sebelum ini, selalunya Kit Kat keluaran Jepun sahaja yang terkenal dengan pelbagai perisa-perisa pelik, contohnya seperti yang baharu-baharu ini iaitu Kit Kat sushi edisi khas yang hanya boleh didapati di Jepun.

Baca: Kit Kat Edisi Khas ‘Sushi’ Ini Hanya Boleh Didapati Di Jepun

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat pengemar coklat, sekarang bukan Jepun sahaja yang memperkenalkan perisa pelik, kini Kit Kat Thailand dalam proses mempertimbangkan pengeluaran perisa baharu iaitu durian. Ya! Durian. Nampaknya Kit Kat menjadi yang paling kehadapan dalam memberikan pengalaman unik buat pecinta coklat seluruh dunia.

Dalam usaha ini, Thailand mencadangkan 3 jenis pilihan makanan paling lazat di negara meraka iaitu asam jawa, manggis dan durian. Jika gandingan ini memilih asam jawa, sudah tentu rasanya mungkin masam dan manis. Manggis pula memiliki rasa tajam dan manis, tetapi durianlah yang memiliki rasa paling unik.

Dalam khabar terbaharu ini, banyak ura-ura mengatakan durian mungkin yang bakal menjadi pilihan. Tidak asing dikenali dengan panggilan ‘Raja Buah’ di Asia Tenggara, kelazatan durian sudah semestinya tidak patut diragukan lagi. Namun, adakah Kit Kat perisa durian akan menjadi kegemaran ramai?

Menurut laporan, meskipun durian memiliki bau yang cukup power, Nestlé kini sedang berbincang untuk mengubah buah tersebut agar menepati rasa Kit Kat tersebut. Jadi jika ia sudah mula berada dipasaran nanti, anda tidak perlu risau untuk mencubanya. Mungkin Kit Kat durian ini antara keluaran Kit Kat yang paling harum pernah dicipta!

Kalau pihak Kit Kat mahu mengeluarkan Kit Kat edisi vegetarian untuk pasaran Malaysia, kami di Vocket mencadangkan petai sebagai gandingan paling mantap!

Sumber