Tambah lagi satu sebab untuk travel ke Jepun. Sempena pembukaan kedai Kit Kat khas di Ginza, Kit Kat akan mengeluarkan Kit Kat versi sushi dan semestinya ianya hanya untuk tempoh terhad!

Terdapat 3 perisa untuk sushi ini yang mengambil inspirasi dari 3 jenis sushi traditional terkenal Jepun iaitu tuna, landak laut dan telur. Sushi tuna akan mempunyai rasa rasberry, sushi landak lauk pula berperisa Hokkaido Melon dan perisa keju untuk sushi telur. Ketiga-tiga sushi ini akan diletak atas chocolate rice dan dililit rumpai laut.

Ini bukan pertama kali Kit Kat Jepun menunjukkan Kit Kat dalam bentuk sushi ini. Pada pertama kalinya, ianya hanya sekadar gurauan ketika April Fool tetapi kali ini, Kit Kat Japan merealisasikan idea berkenaan. Set sushi Kit Kat ini cuma boleh dibeli bermula 2-4 Februari depan dan untuk pelanggan yang berbelanja lebih 3000 yen (lebih kurang RM116) di Kedai Kit Kat Ginza. Alamat penuh seperti di bawah. Kalau anda memang berada di Tokyo, bolehlah cuba sushi Kit Kat ini. Macam sayang pula nak makan kalau berada di depan mata sushi Kit Kat ini.

Kit Kat Speciality Store
104-0061
3-7-2 Ginza
Chuo-ku
Tokyo