Kit Kat Jepun mengeluarkan set edisi khas bersempena ulang tahun ke-45 syarikat tersebut. Menariknya set edisi khas tersebut terdiri daripada 35 Kit Kat pelbagai perisa iaitu seperti keledek, umeshu, sake, wasabi, sweet bean paste sandwich, Japanese strawberry, momiji manju and pelbagai perisa teh hijau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, pastinya set edisi khas ini akan menarik perhatian buat pengumpul koleksi Kit Kat kerana ia didatangkan dalam beg khas. Bagi anda yang ingin mendapatkan set edisi khas Kit Kat ini, anda boleh dapatkan di kedai-kedai terpilih di Jepun. Harga bagi set edisi khas ini hanyalah $55 (~RM230.86).

Untuk pengetahuan anda, terdapat juga perisa yang tidak halal (sake) di dalam set ini. Jika anda mahu membelinya untuk dibuat sebagai perhiasan, boleh pesan pada rakan di Jepun untuk mendapatkannya untuk anda.