Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada semalam mengumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menggunakan kit ujian antigen dari Korea Selatan bagi mengesan jangkitan COVID-19 di negara ini.

Menurut beliau, kit ujian tersebut mempunyai kadar ketepatan seratus peratus dan akan membolehkan mereka untuk melakukan ujian secara besar-besaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kita harap jika kit ini boleh diperoleh minggu depan, (jadi) kita akan melakukan ujian saringan secara besar-besaran. Sekarang pun kita dah buat saringan tetapi selepas ini kita boleh lakukan untuk kumpulan sasar.

“Jadi kita buat saringan ke atas kumpulan sasar atau lokasi atau kumpulan berisiko tinggi,” katanya pada sidang media harian Covid-19 semalam.

Tambah beliau lagi, kit ujian tersebut akan membolehkan ujian saringan dilakukan di klinik dan hospital sekaligus tidak memerlukan sampel dihantar ke makmal.

Kit itu seperti dilaporkan Harian Metro berharga antara RM21.64 hingga RM25.97 bagi setiap unit. KKM mula menerima kit tersebut pada 28 Mac lalu dan akan memesan tambahan 200,000 unit sekiranya ia terbukti berkesan.

Dr Noor Hisham sebelum ini diiktiraf oleh media dari China sebagai salah seorang doktor terbaik dalam mengendalikan COVID-19 di dunia ketika ini. Baca perkongsian kami mengenainya di bawah. 

Dipilih 3 Terbaik Dunia Kendalikan COVID-19, Dr Noor Hisham ‘Kini Trending’ Di Twitter

Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia

Sumber