Terdahulu, Aishah menepis dakwaan netizen yang mengatakan dirinya sakit selepas video yang memaparkan keadaan dirinya dilihat kurus tular di media sosial.

Malah, berlaku ‘salah faham’ apabila Sherry Alhadad menyifatkan individu yang menjalani pembedahan bariatrik menggunakan jalan pintas untuk tampil kurus dan cantik telah ‘triggered’ Aishah dan dia telah menegur Sherry.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pada awalnya, Sherry membuat video tersebut untuk menyatakan dan menjawab segala soalan yang diajukan oleh netizen mengenai berat badannya bukanlah mahu menyinggung mana-mana pihak serta meminta maaf kepada semua yang terasa.

Lantaran itu, Michael Ang turut mengulas isu yang berlaku di antara Sherry dan Aishah dimana sepatutnya Aishah tidak perlu sentap sekiranya dia melakukan pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan.

“Kepada Aishah tak payah sentap. Datuk dah umur berapa. Muka i pun macam ni. Kalau kita kurus tak cantik mana pun.” ujar Michael Ang.

Tambahnya, kebanyakan individu melakukan pembedahan tersebut kerana mahu kelihatan cantik dan itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku.