Bila hendak beli rumah idaman, faktor yang selalu kita ambil kira mestilah persekitaran yang selamat, harga yang berpatutan, kemudahan disediakan dan kesesuaiannya untuk ahli keluarga. Bila sudah lengkap kesemua perkara ni, barulah lega dan tidak payah fikir panjang dah untuk beli. Betul kan?

Buat anda yang sedang tercari-cari kediaman untuk anda duduki seisi keluarga, kami mahu kongsikan satu projek perumahan yang perfect; untuk anda iaitu [email protected]!

Tahu mengapa [email protected] ini adalah rumah idaman yang mesti anda miliki? Ini sebabnya

KITA 1

Kalau anda nak tahu, [email protected] adalah satu perbandaran di tanah rizab melayu berkeluasan 633 ekar yang direka khusus untuk keselesaan ahli keluarga dan komuniti. Mana tidaknya, dengan kawasan perumahan yang sepenuhnya berpagar dan lengkap dengan kawalan keselamatan menjadikan [email protected] ini adalah kediaman yang selamat untuk diduduki seisi keluarga.

Kalau anda sukakan lokasi kediaman yang jauh dari keriuhan bandar tetapi mempunyai akses kepada fasiliti awam, [email protected] memang pilihan yang tepat!

Walaupun terletak di antara koridor selatan Lembah Klang antara Putrajaya dan Cyberjaya, [email protected] ini terletak berdekatan dengan hab komersial seperti institusi pendidikan, pentadbiran kerajaan, pusat penjagaan kesihatan dan banyak lagi! Melalui 5 lebuh raya utama, ia juga mudah diakses ke bandar-bandar utama di Lembah Klang yang lebih besar.

Yang paling penting, setiap elemen ruang dan pemilihan kemudahan di [email protected] ini adalah diinspirasikan khusus untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan, secara tidak langsung menggalakkan semangat kekitaan antara penghuni di [email protected]. Sesuai sangatlah dengan nama [email protected].

Ini antara jenis-jenis residensi di [email protected]

Terdapat 3 jenis residensi yang terdapat di [email protected] ni. Antaranya:

1. KITA HARMONI
Kita 2

KITA HARMONI ini adalah rumah teres bertingkat yang mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Memang luas dan selesa untuk anda yang ada keluarga besar!

2. KITA BAYU
Kita 3

KITA BAYU pula adalah rumah bandar yang berkeluasan 1,346 kaki persegi bagi rumah tingkat bawah dan 1,483 bagi rumah di tingkat atas. Ia juga mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

3. KITA IMPIAN
Kita 4

Untuk pasangan yang baru berkahwin pula, pangsapuri perkhidmatan KITA IMPIAN ni memang sesuai untuk korang. Terdapat 2 jenis pangsapuri iaitu Jenis A (3 bilik tidur dan 2 bilik mandi) dan Jenis B (1 bilik tidur dan 1 bilik mandi).

Mahu lihat rumah? Jom ke Rumah Terbuka Hari Raya [email protected]. Boleh merewang dengan Chef Zam!

Kita 5

Sempena Hari Raya, [email protected] Cybersouth ada mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya pada 22 dan 23 Jun 2019 ini. Bolehlah anda lihat sekali macam mana rupa dan reka bentuk rumah idaman anda di showroom nanti! Ini maklumat lanjut tentang Rumah Terbuka Hari Raya [email protected] Cybersouth.

Tarikh: 22 & 23 Jun 2019
Masa: 10 pagi hingga 5 petang
Tempat : Waze – KITA @ LBS Cybersouth

Oh ya, pada 23 Jun, jam 12 tengah hari hingga 2 petang, chef selebriti terkenal, Chef Zam pun akan ada untuk sesi Merewang Raya. Bolehlah anda masak sambil mintak resipi daripada dia nanti!

Selain makanan dan minuman, ada macam-macam lagi aktiviti disediakan seperti seni melukis henna, pasar lambak dan juga bengkel membuat dream catcher dan terrarium. Tak sabarnya!

Bonus dan insentif tunai menanti anda dengan promosi LBS Bonus KawKaw!

Kita 6

Lagi best, anda boleh miliki kediaman idaman dengan harga diimpikan melalui rebat dan insentif istimewa melalui promosi LBS Bonus KawKaw tau! Anda juga layak untuk dapat insentif tunai sebanyak RM1,888* untuk pembelian hartanah LBS yang terpilih.

Kalau anda adalah pembeli ulangan pula, anda layak nikmati bonus kesetiaan sebanyak 2% rebat tambahan. Wow, memang berbaloi! Promosi ini berlangsung sehingga 30 Jun 2019 sahaja ya?

Jangan lepaskan peluang keemasan ini guys! Untuk maklumat lanjut, layari www.lbs.com.my

*Tertakluk kepada Terma & Syarat

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →